Friday, April 11, 2008

Tidak Ambil Pengajaran

Pilihanraya tempoh hari tidak memberi kesedaran kepada pucuk pimpinan tertinggi negara, sebaliknya telah mengejutkan banyak pihak diatas keputusan yang di buat. Diantaranya memberi jawatan ketua kampung kepada jawatan lain. Sedar atau tidak, ada dikalangan ketua kampung ini tidak disukai oleh masyarakat setempat.

Ini boleh menyebabkan perpecahan yang lagi kuat didalam umno itu sendiri, kerana mereka ( ketua kampung ) ini dahulunya adalah ketua-ketua cawangan umno yang dilantik oleh menteri besar dengan sokongan ketua-ketua bahagian. Kebanyakan dari mereka ini telah menyebabkan penduduk berpecah belah.

Kebanyakan mereka ini mengamalkan sistem kamu bukan ahli parti aku, kamu bukan kroni aku, kamu suka melawan aku walaupun kita satu parti dengan kamu kami boikot, kamu tidak boleh berkawan dengan musuh kami sama ada satu parti ataupun tidak, jika kamu berkawan atau bersembang dengan mereka kamu akan disenarai hitamkan.

Sedangkan mereka yang dimacam-macam ini dahulunnya adalah kawan baik mereka sendiri. Yang dimacam-macam ini suka berkawan atau telah berkawan lama, mereka suka bercampur gaul dalam kehidupan tanpa kawalan kuasa politik, kemudian diboikot. Adakah ini sistem yang diamalkan oleh umno atau cuma pihak-pihak tertentu sahaja ?

Mereka-mereka yang diboikot, dipulau, dianak tirikan, disenarai hitamkan dan sebagainya ini kemanakah hala tuju mereka, pernah tak pemimpin atasan ini terfikir ? Kekalahan BN adalah sikap pemimpin BN itu sendiri. Jangan nak salahkan ahli parti atau sesiapa pun sebaliknya cari salah sendiri.

Dan jika benar mereka ini disokong oleh penduduk, biarkan mereka bertanding untuk jawatan ketua kampung yang akan diadakan ditempat masing-masing. Kita akan dapat melihat kesannya.

Jangan kerana nyamuk seekor kelambu dibakar.

0 comments:

Komen semasa