Monday, March 31, 2008

Tender terbuka belum tentu adil

Mar 30, 08 1:40pm

Perdana Menteri menyatakan sistem tender terbuka, yang diperkenalkan kerajaan baru Pulau Pinang, tidak akan memberi keadilan kepada semua, sebaliknya menguntungkan mereka yang sedia kuat.

"Pendekatan yang telus, tender terbuka, pembidaan secara terbuka memang cukup baik dan elok dan membuatkan semua orang rasa senang hati tetapi kita kena ingatkan mereka bahawa tidak semestinya apa yang dikata sama rata itu adil, sebenarnya hanya yang kuat dan berkemampuan sahaja yang boleh memperoleh sesuatu," kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sewaktu lawatannya ke negeri itu semalam.

Beliau juga menggesa 11 wakil BN, semuanya Umno, menjadi pembangkang yang berkesan dan bukan sekadar "hendak memanaskan kerusi sahaja", lapor Bernama.

"Tanggungjawab kita (BN) sebagai parti pembangkang untuk bagi pandangan dan kita akan menjadi pembangkang yang aktif, prihatin dan ambil tahu apa yang berlaku di Pulau Pinang. Kita bukan setakat hendak memanaskan kerusi sahaja," beliau dipetik sebagai berkatanya di majlis kesyukuran Umno negeri itu malam tadi.

malaysiakini

Muslim digesa boikot barang Belanda

Mar 29, 08 6:40pm

Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengecam tindakan seorang ahli perundangan Belanda yang menerbitkan sebuah filem anti-Islam, Fitna, yang disiarkan di Internet.

Filem selama 15 minit yang disiarkan dalam sebuah laman web Liveleak.com pada 27 Mac, mengkritik Islam, dengan menunjukkan surah al-Quran berlatarbelakangkan imej keganasan akibat serangan teroris.

Geert Wilders menerbitkan filem itu, yang menunjukkan kenyataan paderi yang radikal dan menyebut surah al-Quran, dengan diselitkan imej serangan 11 September 2001 terhadap Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York, pengeboman kereta api penumpang di Madrid, Sepanyol pada 2004 dan pembunuhan pengarah filem Belanda, Theo van Gogh, di Amsterdam pada akhir tahun itu.

Sehubungan itu, Dr Mahathir menyeru umat Islam supaya memulaukan produk Belanda sebagai bantahan terhadap penyiaran filem tersebut.

Tindakan pemulauan tersebut, tegasnya, boleh menyebabkan Belanda lumpuh kerana umat Islam meliputi sebahagian besar penduduk dunia yang kaya dan juga pengimport terbesar.

Bagaimanapun, katanya semua 1.3 bilion umat islam di dunia mestilah bersatu dan meletakkan kepentingan Islam dan umat Islam daripada keperluan individu jika mahukan pemulauan ini berkesan.

Sebelum itu, Dr Mahathir berkata filem tersebut disiarkan berikutan salah faham dan "sudah pasti ada motif kritikal".

Akibat salah faham

"Mereka akan terus berbuat demikian sehingga kita menunjukkan Islam itu satu agama yang baik, kita bukan orang yang ganas, bahawa kita tidak berbohong kepada orang ramai... tetapi ini mesti ditunjukkan dalam amalan oleh masyarakat Islam ," katanya.

Semalam, Liveleak.com berkata ia telah membuang video tersebut ekoran bantahan umat Islam, tetapi ia masih boleh dilihat di laman web lain, termasuk di Youtube.com.

Kementerian Luar Malaysia juga mengecam Geert Wilders kerana menerbitkan tersebut.

Dalam satu kenyataan, kementerian itu berkata perbuatan tersebut menghina Islam dan tidak menghormati sensitiviti dunia Islam.

Singapura juga turut mengecam filem tersebut, yang menurut timbalan perdana menterinya Wong Kan Seng menghina orang Islam.

"Kebebasan bersuara tidak memberi lesen kepada sesiapa pun untuk menghina agama atau bangsa yang lain," katanya dalam satu kenyataan.

Setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-Moon turut menyertai negara-negara Islam mengecam penyiaran filem tersebut.

Iran, Bangladesh dan Indonesia - tanah jajahan Belanda - turut membantah penyiaran filem itu.

Malaysiakini

Wednesday, March 26, 2008

Siapa kata pemimpin Islam tiada pendidikan ?


MB SELANGOR – Tan Sri Khalid Ibrahim

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ialah Bendahari Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR). Beliau pernah bertanding dalam pilihan raya kecil N.08 Ijok, Selangor pada 28 April 2007.

Tetapi cubaan pertama beliau, tewas kepada calon muda MIC Barisan Nasional iaitu Cikgu K. Parthiban.

Tan Sri Khalid adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Permodalan Nasional Berhad (1979-1994) dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Kumpulan Guthrie Berhad (1995-2003).

Biodata

Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim, P.S.M., D.P.M.S., D.S.A.P lahir pada 1946 di Kampung Jalan Raja Abdulah, Jeram, Kuala Selangor. Khalid Ibrahim belajar di Sekolah Melayu Jeram pada 1956 dan menduduki Special Malay Class. Seterusnya belajar di Sekolah Inggeris Kampung Kuantan. Khalid Ibrahim mendapat ijazah BA.Hons dalam jurusan Ekonomi dari Universiti Malaya dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Queensland, Australia pada 1975.

Kerjaya

Kini bertugas sebagai Pengerusi Dana Amanah Mellenia Berhad, Fellow Institut Penyelidikan Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS), Majlis Produktiviti Kebangsaan dan Ahli Kehormat Majlis Penasihat Perniagaan Persidangan Ekonomi Asia-Pasifik (APEC).Selain itu Malaysia Discount Berhad, Lembaga Pengarah SIRIM Berhad.

Khalid Ibrahim pernah bekerja sebagai guru, pensyarah, pegawai kredit , pegawai kewangan korporat dan memegang pelbagai jawatan tinggi dalam Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Beliau pernah menghadiri kursus USA International Visitors Program pada 1983 dan Eisenhower Exchange Fellowship Program pada 1989. Beliau juga ahli majlis eksekutif Unit Investment Fund dan ahli Financial Engineering Advisory Forum di Islamic Development Bank, Jeddah. Beliau juga ahli APEC Business Advisory Council (ABAC).

Anugerah

Pada 15 Disember 1998, beliau dianugerah sebagai CEO Malaysia Terbaik 1997 dari majalah Business Times anjuran Business Times Sdn. Bhd. dan the American Express Corporate Services. Khalid Ibrahim juga menerima Anugerah International Alumnus dari Universiti Queensland 2001.

Pada 10 Julai 2003 menerima anugerah “AAAB Captain of Industry Award 2002” (First Asian Academy of Applied Business”) dari Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu. Seterusnya menjadi pensyarah pelawat di Oxford Centre of Islamic Studies, Universiti Oxford .

Politik

Atas jasa beliau, Guthrie Berhad telah membina Lebuh raya Guthrie dari Kuala Selangor ke Sungai Buluh bersambung dengan Lebuh raya Utara Selatan. Pusat latihan penyelenggaraan jentera industri dengan kerjasama UMW Berhad telah dibina di Kuala Selangor.

Program Rakan Jaya Diri diadakan di Kuala Selangor bagi melatih pelajar yang tercicir dari persekolahan dan seterusnya bekerja dengan Guthrie Berhad.

Beliau terus menjawat jawatan Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Ketua Perhubungan PKR Selangor. Dalam pilihan raya kecil Ijok, ucapan tersasulnya ‘Undilah Barisan Nasional’ telah diulang-ulang dalam media elektronik.


MB Kelantan – Tok Guru Nik Aziz Nik Mat

Nama: Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tahun Lahir: 1931

Tempat Lahir: Pulau Melaka

Status: Berkahwin dengan Tuan Sabariah Tuan Ishak dan memperolehi 10 cahaya mata (5 lelaki & 5 perempuan). Kesemua anak-anaknya mengambil jurusan agama sebagai pilihan utama.

Pendidikan:

  • Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat (3 Bulan). – 1936
  • Sekolah Pondok Tok Kenali Kubang Kerian.
  • Sekolah Pondok Tok Guru Haji Abbas Besut, Terengganu.
  • Universiti Deobond, India – 1952.
  • Lahore, Pakistan – Ilmu Tafsir Quran – 1957.
  • Universiti Al-Azhar, Mesir – Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab.
  • Universiti Al-Azhar, Mesir – Sarjana Perundangan Islam.

Penguasaan Bahasa:

  • Melayu
  • Inggeris
  • Tamil
  • Urdu
  • Arab

Pekerjaan:

  • Guru Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Panchor.
  • Guru Sekolah Menengah Agama Darul Anwar, Pulau Melaka.
  • Penyelia Kelas Dewasa – KEMAS.
  • Guru Sekolah Menengah Maahad Muhammadi, Kota Bharu.

Politik:

  • 1967 – Daftar sebagai ahli PAS.
  • 1967-1969 -Pilihanraya Kecil – Ahli Parlimen Kelantan Hilir.
  • 1969-1974 - Ahli Parlimen Kelantan Hilir.
  • 1974-1978 - Ahli Parlimen Kelantan Hilir. (Kawasan ini ditukar nama kepada Parlimen Pengkalan Chepa).
  • 1978-1982 – Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.
  • 1982-1986 - Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.
  • 1986-1990 – Ahli Dewan Undangan Negeri Semut Api Kelantan.
  • 1990-Sekarang – Menteri Besar Kelantan.

Kesimpulan Jawatan Politik:

  • 19 Tahun Sebagai Ahli Parlimen.
  • 4 Tahun Sebagai Ahli DUN.
  • Hingga Sekarang Beliau Telah Berkhidmat Sebagai Menteri Besar Kelantan Selama 16 Tahun.
  • Hingga Sekarang Beliau Telah Berkhidmat Sebagai Wakil Rakyat DUN dan Parlimen Selama 39 Tahun.


MB KEDAH – USTAZ HAJI AZIZAN BIN ABD. RAZAK

UMUR : 64 TAHUN

PENDIDIKAN:

  • MAKTAB MAHMUD, ALOR SETAR (1966)
  • SARJANA MUDA SYARIAH UNIV. AL-AZHAR 1972,
  • M.PHIL IN LAW.DEPT OF LAW UNIV. OF KENT CANTERBURY ENGLAND 1978

PENGALAMAN KERJAYA:

  • PENSYARAH KETUA JABATAN SYARIAH UKM
  • PENGARAH URUSAN HARAKAH

PEKERJAAN SEKARANG:

PESARA PENSYARAH/ PESARA ADUN

JAWATAN DALAM PAS:

  • AHLI JAWATANKUASA PAS PUSAT
  • PESURUHAJAYA PAS KEDAH
  • YANG DIPERTUA PAS YAN

PENGLIBATAN NGO:

  • AJK PERSATUAN BEKAS PELAJAR MELAYU TIMUR TENGAH
  • AJK PERSATUAN FALAK SYARIE MALAYSIA
  • AHLI PERSATUAN SYARIAH ASIA TENGGARA (SOUTH EAST ASIA ASSOCIATION)

PENGALAMAN ANTARABANGSA:

  • MUKTAMAR AL-HAJ ANJURAN ALL INDIAN IRANIAN ASSOCIATION NEW DELHI,INDIA
  • PEMBENTANGAN KERTAS KERJA DI 1st ASEAN SYARIAH ADMINISTRATION
  • CONFERENCE WORKSHOP, MANILA (1983)
  • PERSIDANGAN GERAKAN ISLAM SEDUNIA, TURKI (1995)
  • PERSIDANGAN ISLAM SEDUNIA, LUNMAM (2001)
  • CONFERENCE OF SOUTH EAST ASIA ISLAMIC LAW, MANILA

HASIL PENULISAN ANTARABANGSA:

  • DIRASAH HAWLA AT TASHRIQ AL ISLAMI, TERBITAN KEMENTERIAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM FILIPINA.
  • INTRODUCTION TO ISLAMIC LAW JURISPRUDENCE, TERBITAN OFFICE OF MUSLIM AFFAIR AND CULTURAL COMMUNITIES, QUEZON CITY, FILIPINA, 1986
  • SYARIAH, ADAT AND COMMAND LAW AMONGST THE MARANOAS OF SOUTHERN PHILIPPINES: AND EXPLORATORY AND COMPARATIVE STUDY, TERBITAN SOUTHEAST ASIAN STUDIES PROGRAM.



MB PERAK – Ir Mohammad Nizar Jamaluddin



Mengenali Menteri Besar Perak yang baru, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, beliau dilahirkan pada 17 Mac 1957 di Kampung Air Hitam Labu, Kampar Perak. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Kampar, kemudiaannya meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah Anglo Chinese, Kampar.

Selepas itu menyambung pelajaranya di Sekolah Menengah Teknik, Persiaran Brash, Ipoh. Pada tahun 1972 beliau mengambil Advance Level (A Level) di Norwich City College Of Arts & Technology Norwich,Norfolk, England.

Beliau merupakan lulusan Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Mekanikal dari University Of Aston di Brimingham, United Kingdom. Sekembalinya ke tanahair, beliau bekerja di beberapa agensi kerajaan termasuk Jabatan Kerja Raya bahagian bengkel dan kuari, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA - Daya Urus), Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.

Beliau berpengalaman luas dalam menjalankan beberapa projek besar negara. Antaranya Projek Dayabumi fasa 2 & 3 pada tahun 1983, projek Pusat Islam (BAHES, Jabatan Perdana Menteri (1984), projek Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu (1985), pengurusan bangunan-bangunan kerajaan dan swasta termasuk KOMTAR, Bangunan Persekutuan Gunasama, pusat membeli belah dan pengurusan semua lif di hospital Kerajaan Negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis sehingga kini.

Sebelum dilantik menjadi Menteri Besar beliau merupakan Pengarah Urusan di beberapa firma swasta. Di luar negara pula beliau banyak menjalankan beberapa projek di beberapa buah negara, antara di Birmingham, United Kingdom, Zug Switzerland, Miano Italy, Bangkok Thailand, Sdyney dan Goldcoast Australia, Doha Qatar dan Tehran, Iran.

Dalam bidang politik pula, beliau berkecimpung dengan PAS dengan memegang Ahli Jawatankuasa PAS kawasan Kampar (1999 - 2001). Beliau menjawat jawatan Yang Dipertua PAS kawasn Kampar (2001 hingga kini). Di peringkat PAS Negeri Perak, beliau memegang jawatan Bendahari PAS Negeri (2001- 2006), Setiausaha PAS Negeri (sebelum menjadi Menteri Besar Perak).

Walaupun beliau seorang yang berpendidikan tinggi tetapi beliau amat aktif dengan kegiatan masyarakat. Antaranya kuliah dan majlis ilmu di masjid-masjid dan surau-surau, ceramah motivasi pelajar dan institusi pengajian tinggi, menyampaikan khubah jumaat, bantuan kepada fakir miskin, mewakili PAS dalam program program kaum bukan Islam serta terlibat secara langsung dengan beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Beliau mempunyai lapan orang cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama isterinya, Fatimah Taat. Anaknya pertama merupakan lulusan BA Syariah Universiti Mut'ah, Jordan. Anak kedua pula lulusan hafiz al-Quran di Universiti Mut'ah Jordan. Anak yang ketiga juga lulusan hafiz al-Quran dari Universisiti Damsyik, Syria dan Universiti Lebanon. Manakala anak yang ke empat hingga ke lapan sedang belajar di beberapa pelbagai institusi pendidikan dalam negeri.

Menurut Setiausaha Kerja PAS Perak, Khalilul Abdul Rahman, Nizar merupakan seorang yang pemurah dan mudah bergaul dengan masyarakat dan mengambil berat masalah kakitangan dibawahnya. "Jika ada kakitangannya yang menghadapi masalah, beliau akan cepat menyekesaikan masalah temasuk masalah kewangan," jelas Khalilul. "Sebagai ketua pejabat, beliau seorang yang peramah dengan orang ramai termasuk orang bawahannya dan beliau bersedia mendengar pandangan orang lain," ujar beliau.

Memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat menjadi agenda perjuangannya, kerana itu beliau bergiat cergas di dalam Badan Bukan Kerajaan (NGO). Umpamanya Gabongan Pengguna Air Perak (GPAP).

Keistimewaan beliau, walaupun lulusan dari luar negeri beliau mampu mengajar (buka kitab) di masjid-masjid dan suara-surau.malah beliau sendiri mampu mengelenggarakan ibadah kurban termasuk penyembelihan binatang kurban.

Di samping itu Haji Nizar juga selain boleh berbahasa Inggeris, ia juga boleh berbahasa Cina dan Tamil. Inilah Menteri Besar yang dikehendaki oleh rakyat, mampu mentadbir, berwibawa dan mempunyai pengetahuan agama dan boleh membaca khutbah jumaat. Perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang memilih Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak memang tepat, oleh itu semua pihak perlu akur dengan keputusan yang dibuat oleh Sultan Perak.


Tuesday, March 25, 2008

KERUNTUHAN UMAT ISLAM

Umat islam masa kini semakin berpecah akibat tidak tahan
dengan dugaan yang semakin mencabar. Berbalah sesama sendiri
dan saling menyalahkan antara satu sama lain.
Mengapa perkara ini boleh berlaku...?

Inilah satu persoalan yang patut dikupas dan dibincangkan bersama
oleh Pemimpin , Ulama , Ngo dan seluruh umat islam dimuka bumi
yang sementara ini.

Apakah perkara dilakukan bertepatan dengan apa yang dikehendaki
oleh ALLAH S.W.T melalui AL-QURAN dan HADITH RASULLULLAH S.A.W
ataupun melalui para Ulama ?

Begitu ramai umat islam kini yang buta islam, ibadah kepada mereka cukup sekadar
solah dan bersedekah. Sedangkan konsep ibadah itu sendiri terlalu luas antaranya tidur,
makan, minum, bekerja, menjaga kesihatan dan sebagainya selagi kita masih hidup
diatas muka bumi ALLAH S.W.T ini.

Ini adalah akibat sistem pendidikan yang diamalkan oleh semua umat islam
diseluruh dunia. Umat islam lebih mengagungkan sistem pendidikan kufur yang
terang-terang menentang islam dan penganutnya.

Dengan ini mereka telah menyerapkan fahaman yang mana umat islam akan menafikan
AL-QURAN dalam tidak sedar. Diantaranya pemecahan sistem pemerintahan diantara
ulama dan pemimpin negara. Ini menyebabkan perbezaan pendapat yang begitu ketara
kerana fahaman masing-masing.

Pihak kufur telah berjaya melaksanakan apa yang mereka rancang kerana pemimpin
negara-negara islam tidak dapat menerima pendapat para ulama tentang mentadbirkan
negara mengikut syariat islam. Pada mereka sistem kufur lebih baik dari sistem islam itu sendiri. Mengapa ini boleh berlaku ?

Jawapannya mudah, mereka ini tidak mendalami asas-asas agama islam, pada mereka
seperti yang penulis nyatakan diatas. Penulis tidak menyalahkan pemimpin atau ulama
didalam perkara ini sebaliknya ingin menyeru agar pembaca-pembaca semua mendidik
generasi akan datang agar mereka lebih mendalami asas-asas agama islam dan dapat
memahami apa yang dituntut oleh ALLAH S.W.T .

Mereka ini dapat mengimbangi antara tuntutan dunia dan akhirat kerana mereka telah diserapkan dengan tauhid, feqah dan tasawuf iaitu asas-asas agama islam.
Otak mereka juga menjadi cerdas dan lebih fokus pada sesuatu perkara, maka dengan ini
tidak mustahil suatu ketika nanti kegemilangan tamadun islam dapat dikembalikan.

Kepada seluruh umat islam, berfikirlah demi tuhanmu, bertindaklah demi agamamu
dan kamu akan menikmati kenikmatan disana kelak diatas usahamu. Usahlah kamu gentar
kerana ALLAH S.W.T telah berfirman dalan kallamNYA " Jika ALLAH menolongmu maka
tiada siapa dapat mengalahkanmu dan jika DIA mengalahkanmu, siapakah yang akan menolongmu kemudiannya ? Dan hanya kepada ALLAH hendaklah bertawakal orang-orang yang beriman." surah ali' imran ayat 160.

Jika anda was-was dengan apa yang penulis catatkan disini, anda boleh merujuk kepada
sejarah dan ulama-ulama diseluruh dunia ini. Mereka bukan menentang pemerintah tetapi menetang fahaman sekular, liberal dan kapitalis yang telah lama menyerap dalam jiwa
umat islam akibat penjajahan masa lalu.

Masa depan umat islam terletak dibahu kita, kemana arah nak kita bawa mengejar dunia
atau mengejar akhirat. Jangan kita " yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran." Kejar kemajuan tercicir aqidah. Janganlah kerana kemahuan kita sendiri mereka rosak, contohnya terlalu banyak untuk dipertontonkan ditika ini.

Didiklah mereka dengan makna ayat AL-QURAN, bukan setakat membaca sahaja.
Insyaallah mereka akan lebih memahami dan menghayatinya.

Ingatlah 5 perkara ini dan ikuti langkahnya jika bernas :

1. Tak tahu kena belajar
2. Kena tahu apa yang dipelajari
3. Kena faham apa yang tahu dari yang dipelajari
4. Kena amal perkara yang tahu
5. Barulah hayati ditakluki

Atau dengan ringkasnya :

1. Belajar
2. Tahu
3. Faham
4. Amal
5. Hayati

Rujuklah kepada guru-guru agama sekiranya apa dicoretkan tidak difahami.

Sunday, March 23, 2008

SEORANG PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM

Dr Mahmoud Ahmadinejad. Walaupun beliau bermahzab syiah, namun keperibadiannya mengangkat imej kepimpinan Islam sebenar. Apa yang dilakukannya, jauh berbeza dengan apa yang pemimpin UMNO@Islam Hadhari kat Malaysia lakukan. Semoga pemimpin sebegini akan hadir memimpin negara ini..

Oleh : Abu Mardhiah, Subang

Fox News TV (Amerika Syarikat) di dalam temuramahnya bertanya kepada Presiden Iran, Dr Mahmoud Ahmadinejad “Apabila anda melihat ke cermin setiap pagi, apa yang anda perkatakan kepada diri sendiri ?” Beliau menjawab : Saya melihat kepada insan yang berada dalam cermin tersebut dan berkata kepadanya, “Ingatlah, anda adalah tidak lebih daripada seorang hamba yang lemah, menanti di hadapan anda hari ini adalah sebuah tanggungjawab yang amat berat dan ianya adalah berkhidmat kepada negara dan rakyat Iran.

Ahmadinejad, Presiden Iran yang mengejutkan ramai sewaktu mula-mula tiba di pejabat Presiden apabila beliau mendermakan segala permaidani Iran yang berharga kepada sebuah masjid di Tehran dan menggantikannya dengan permaidani murah yang biasa.

Beliau mendapati bahawa terdapat sebuah bilik istirahat yang besar lagi mewah yang berfungsi untuk menerima dan menyambut kehadiran tetamu VIP, lalu beliau telah mengarahkan agar bilik itu ditutup dan meminta pejabat protokol untuk menyediakan sebuah bilik lain yang sederhana serta hanya dilengkapi dengan kerusi-kerusi kayu.

Beliau juga telah banyak kali turut bersama-sama dengan pekerja-pekerja majlis perbandaran untuk membersihkan jalan-jalan yang berada di sekitar kawasan rumah serta pejabatnya.

Di bawah pentadbirannya, setiap kali beliau melantik mana-mana individu untuk memegang jawatan menteri, beliau akan mengarahkan individu tersebut untuk menandatangani sebuah dokumen yang menggariskan pelbagai syarat-syarat yang perlu dipatuhi, terutamanya yang menekankan bahawa individu tersebut harus sentiasa kekal dalam kesederhanaan dan akaun-akaun persendirian serta milik ahli keluarganya akan sentiasa diperhatikan dan perlu meninggalkan pejabatnya kelak dalam keadaan yang bermaruah. Oleh itu, adalah satu kesalahan yang besar untuk individu tersebut dan ahli keluarganya mengambil kesempatan ke atas jawatan yang dipegangnya itu.

Perkara pertama yang beliau isytiharkan selepas memegang jawatan Presiden adalah pemilikan hartanya yang ‘Besar’ iaitu sebuah kereta Peugeot 504 model tahun 1977, sebuah rumah lama yang kecil yang diwarisi daripada bapanya 40 tahun yang lalu di salah sebuah kawasan yang termiskin di Tehran, akaun simpanannya yang tidak berbaki dan sumber kewangan yang masuk ke dalam akaunnya hanyalah daripada gaji yang diterimanya sebagai seorang pensyarah di Universiti yang berjumlah hanya 250 Dolar Amerika sebulan.

Beliau masih lagi tinggal di rumahnya yang lama itu. Itulah sahaja harta yang dimilikinya. Beginilah kehidupan seorang Presiden kepada salah sebuah negara yang terpenting di dunia ini, dari sudut lokasinya yang strategik, ekonomi, politik serta pemilikan sumber minyak dan sistem pertahanannya.

Beliau malah langsung tidak mengusik gaji Presidennya dengan sebuah hujjah bahawa segala kekayaan adalah menjadi hak milik negaranya dan beliau mempunyai amanah untuk memeliharanya.

Salah satu perkara yang amat menakjubkan buat kakitangan-kakitangan di pejabatnya adalah sebuah beg yang sentiasa dibawa setiap hari. Di dalamnya mengandungi makanan sarapan paginya, sedikit roti sandwic atau roti biasa dengan minyak zaitun dan keju yang disediakan oleh isterinya. Beliau menikmati makanan-makanan tersebut dengan begitu ceria sekali.

Perubahan lain yang dilakukannya adalah menukar jet peribadinya sebagai seorang Presiden menjadi kapal terbang kargo untuk menjimatkan perbelanjaan daripada hasil wang rakyat dan beliau menegaskan bahawa beliau akan terbang menggunakan pesawat awam biasa pada kelas ekonomi.

Beliau kerap mengadakan mesyuarat dengan semua para menteri untuk mengetahui segala aktiviti mereka dan keberkesanan pelaksanaannya.

Di samping itu, beliau juga telah menutup pejabat pengurus Presiden demi untuk memudahkan para menteri untuk berjumpa dengannya tanpa perlu meminta keizinan terlebih dahulu.

Beliau telah membubarkan beberapa acara seperti majlis karpet merah untuk menyambut tetamu, sesi fotografi serta segala bentuk pengiklanan atau promosi peribadi sewaktu mengadakan lawatan ke pelbagai tempat di dalam negaranya.

Setiap kali beliau perlu untuk menginap di hotel, beliau akan memastikan bahawa beliau hanya akan diberikan bilik tanpa katil yang besar kerana tidak gemar untuk tidur di atas katil sebaliknya lebih suka untuk tidur di atas lantai dengan sebuah tilam sederhana dan sehelai kain selimut.

Dalam salah sebuah gambar berikut menunjukkan beliau sedang tidur di dalam bilik tetamu di rumahnya tanpa ditemani oleh para pengawal peribadinya yang sentiasa bersama dengannya ke mana sahaja beliau pergi. Gambar tersebut telah diambil oleh adiknya, menurut laporan akhbar Wifaq yang kemudian menyiarkannya di dalam ruangan akhbar mereka. Pada keesokan harinya, gambar tersebut telah disiarkan di dalam kebanyakan akhbar-akhbar di seluruh dunia termasuklah di Amerika Syarikat.

Sewaktu ingin menunaikan solat, anda boleh lihat yang beliau tidak duduk di barisan pertama. Gambar yang lain pula menunjukkan beliau sedang menikmati hidangan makanannya yang amat sederhana.

Hidup Kebenaran!

Antara Dr Mashitah & Ahmadi Nejad !!


waktu darurat ker ni
Dia ni ader belajar agama, hormat tetap hormat, agama tetap agama

Monday, March 17, 2008

IDEA MALAYSIA

Kemajuan ekonomi Malaysia tidak seimbang dengan kemajuan minda dan sosial rakyat Malaysia.

Mengapa perkara ini terjadi. Adakah sistem negara yang menyebabkannya atau sudah menjadi sikap rakyat tidak mahu berubah mengikut keaadan semasa. Sebagai contoh anda dapat melihat apa yang terjadi pada pilihanraya umum ke 12.

Sebelum pilihanraya rakyat kebanyakannya tidak berani menyatakan sesuatu perkara berkaitan dasar kerajaan ataupun sikap pemimpin mereka tetapi setelah negara ini dilanda tsumani pilihanraya yang memihak kepada pembangkang.

Maka rata-rata rakyat Malaysia tidak mengira status dari banglo hingga pondok usang, dari pasar awam hingga pasaraya, dari gerai tepi jalan hingga hotel lima bintang tidak terkecuali memperkatakan tentang sebab atau alasan yang mungkin memberi kesan kejatuhan atau kemenangan di antara kedua belah pihak.

Kami disini ingin mendapat maklum balas dari anda tentang minda rakyat Malaysia adakah ini sikap rakyat atau dasar kerajaan yang menyebabkan kemajuan ekonomi negara tidak seiring dengan minda rakyat Malaysia.

Komen semasa