Monday, March 31, 2008

Tender terbuka belum tentu adil

Mar 30, 08 1:40pm

Perdana Menteri menyatakan sistem tender terbuka, yang diperkenalkan kerajaan baru Pulau Pinang, tidak akan memberi keadilan kepada semua, sebaliknya menguntungkan mereka yang sedia kuat.

"Pendekatan yang telus, tender terbuka, pembidaan secara terbuka memang cukup baik dan elok dan membuatkan semua orang rasa senang hati tetapi kita kena ingatkan mereka bahawa tidak semestinya apa yang dikata sama rata itu adil, sebenarnya hanya yang kuat dan berkemampuan sahaja yang boleh memperoleh sesuatu," kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sewaktu lawatannya ke negeri itu semalam.

Beliau juga menggesa 11 wakil BN, semuanya Umno, menjadi pembangkang yang berkesan dan bukan sekadar "hendak memanaskan kerusi sahaja", lapor Bernama.

"Tanggungjawab kita (BN) sebagai parti pembangkang untuk bagi pandangan dan kita akan menjadi pembangkang yang aktif, prihatin dan ambil tahu apa yang berlaku di Pulau Pinang. Kita bukan setakat hendak memanaskan kerusi sahaja," beliau dipetik sebagai berkatanya di majlis kesyukuran Umno negeri itu malam tadi.

malaysiakini

0 comments:

Komen semasa