Saturday, May 3, 2008

Nilai Sebuah Pekerjaan

"Kenapa anda mahu jadi doktor?", saya melemparkan soalan ini, selepas
mempertontonkan kepada pelajar di IMU tadi video dari koleksi Stephen R.
Covey.

Pelajar yang hadir tersenyum-senyum.

"Sebab minat biologi?", saya bertanya.

Ramai yang ketawa. Itu mungkin alasan semasa di Tingkatan 4 dahulu.

"Sebab suka tolong orang?", saya terus bertanya.

Ramai yang mengangguk.

"Well, come on. Ramai yang hantar anak buat perubatan supaya boleh rawat
ibu bapa sendiri nanti. Tetapi realitinya, kamu bukan manusia pertama
boleh muncul memberikan rawatan jika berlaku apa-apa kepada ibu bapa.
Malah ketika di bilik pembedahan dan wad kecemasan, ahli keluarga
bukanlah calon terbaik untuk merawat ahli keluarga sendiri. Namanya,
profesionalisma", saya menyambung provokasi.

"Kamu nak tolong suami, isteri dan anak-anak? Rasa saya, suami doktor,
isteri doktor dan anak-anak doktorlah yang paling banyak kena
berdikari", saya terus mencucuk jarum.

"Saya selalu beritahu isteri, bahawa apabila awak berjaya jadi
specialist nanti, jangan lupa bahawa orang yang paling banyak berkorban
ialah tiga orang ini. Anak-anak kita. Merekalah yang berkorban,
melepaskan masa yang sepatutnya kita beri kepada mereka, agar kita
berjaya", saya berkongsi cerita.

Saya sengaja mengacah pelajar-pelajar di IMU supaya berfikir
bersungguh-sungguh, mengapa mereka memilih bidang perubatan.

Jika anda seorang perempuan yang bakal menjadi doktor, anda perlu tahu
bahawa walaupun negara amat terdesak kepada adanya ramai tenaga pakar,
anda tidak akan diberikan 'kemudahan' untuk menjadi pakar. Anda tidak
ada cuti bersalin, seandainya anda 'termengandung' semasa sedang membuat
program pakar. Anda tidak menerima sebarang elaun untuk membeli buku.
Semua kena guna duit sendiri.

Kursus dan seminar yang anda hadir, anda mesti membayarnya sendiri. Mungkin anda terpaksa menawarkan diri menjadi AJK agar dapat dikecualikan dari yuran, walaupun anda tahu akibat menjadi AJK itu. Semua orang mahu anda bekerja seperti orang lain,
ketika anda terdesak menghadapi peperiksaan. Tiada belas, tiada insentif.

Misalnya isteri saya, kerana 2 minggu cuti yang diperuntukkan untuk
kecemasan dan lain-lain, sudah pun digunakan bersalin, lupakanlah
kenduri kendara di kampung, lupakanlah ibu bapa, 6 bulan tiada cuti.

Bukan calang-calang kerja.



Anda mahu menjadi pelajar perubatan kerana mahu menolong orang?
Tolonglah diri sendiri kerana anda yang amat memerlukan pelbagai
pertolongan itu nanti.

"Maka, apa tujuan anda mahu menjadi doktor?", soalan yang sama saya
ulang sekali lagi.

Pelajar-pelajar itu termenung. Sesi soal jawab tiada soalan, kerana
semua soalan adalah untuk ditanya kepada diri sendiri, dan diri
sendirilah yang perlu menjawabnya.



PERSOALAN NILAI



Kuliah kali ini adalah tentang nilai. APA NILAI YANG DIBAWA DALAM SEBUAH
PEKERJAAN? Dalam sebuah kehidupan.

Jika seorang isteri mengungkit di hadapan suami, bahawa kerja rumahnya,
kerjanya 'melayan suami', tidak mungkin mampu dibalas walaupun dengan
bayaran RM2000 sebulan, maka nilai apakah yang ada pada dirinya? Saya
tidak bermaksud membela lelaki yang tidak tahu menghargai isterinya,
tetapi dalam kes ini, si perempuan itu sudah menjatuhkan dirinya.

Hanya 'bibik' sahaja yang buat kerja rumah untuk duit. Maafkan saya,
hanya pelacur sahaja yang meletakkan harga pada layanannya terhadap
seorang lelaki.

Seorang ibu membuat kerja rumah kerana Nilai Kasih Sayang. Seorang
isteri juga melakukan apa yang ia lakukan atas NILAI KASIH SAYANG. Maka
tanpa kasih sayang, perkahwinan adalah beban. Malah sumber kebencian.

Menentukan nilai, sebagai pendorong kita melakukan sesuatu adalah sangat
penting. Nilai itu akan mencorakkan tingkah laku kita terhadap pekerjaan
yang kita lakukan.



NILAI DUIT

Kalau pekerjaan diukur dengan nilai wang, maka kita akan berhadapan
dengan banyak masalah, walaupun wang berjaya diperolehi.

Sekarang ni sudah menjadi satu trend kepada dua industri, kalau boleh
saya katakan industri. Yang pertamanya adalah industri perubatan, dan
yang keduanya, industri berkaitan petroleum. Trend yang saya maksudkan
di sini, adalah perpisahan di antara seorang suami atau isteri dengan
pasangannya, serta anak-anak, kerana prospek kerjaya dan desakan nilai
wang itu tadi.

Sudah menjadi kebiasaan, pasangan yang sudah berumahtangga, berpisah
sementara (bukan calang-calang sementara) demi melepaskan isteri yang
bekerja sebagai jururawat di luar negara, khususnya di negara Teluk.
Begitu juga dengan mereka yang terbabit dengan industri petroleum,
bekerja di negara Teluk dan Afrika, menyahut saranan majikan untuk
meningkatkan kerjaya dan pendapatan dengan berhijrah ke negara yang
menagih kepakaran kita. Ia hebat, menggiurkan... tetapi output
daripadanya merunsingkan saya.

Itu, belum lagi dikorek kisah suami di Johor, isteri di Pulau Pinang
atau Kuala Lumpur .

Trend ini berlaku dan merebak di dalam masyarakat, dan saya ditakdirkan
Allah bertemu dengan outputnya. Saya bertemu dengan anak-anak remaja,
yang ayah mereka pulang ke Malaysia 4 kali setahun. Saya bertemu dengan
kes, suami main kayu tiga ketika isteri meninggalkannya gersang setahun
di tanah air. Saya juga bertemu dengan kes isteri yang mem'poligami' kan
suaminya dengan bersuamikan orang lain semasa di perantauan. Dan kes-kes
ini membiak dari semasa ke semasa. Tidak pernah menjadi tajuk berita.
Nauzubillah

Tentu sahaja, hasil kewangan dari kenaikan pangkat dengan bekerja jauh
dari pasangan dan anak-anak, boleh mengubah nasib keluarga. Tetapi
perubahan itu apakah ke arah positif atau negatif? Maka yang dikejar
dalam sebuah rumah tangga dan perkahwinan, apakah boleh disandarkan pada
nilai material?



NILAI - HARGA - KORBAN

Nilai berkadar terus dengan harga. Tinggi nilai, tinggilah harga. Tinggi
harga, banyaklah korban dan pengorbanan yang diperlukan bagi
mendapatkannya. Untuk bekerja dengan gaji RM10,000 sebulan, apakah harga
yang perlu dibayar untuk nilai material RM10K itu? Kehancuran rumah
tangga, kepincangan emosi dan identiti anak-anak, dosa... itulah harga
yang mungkin perlu dibayar untuk nilai material yang dijadikan asas
bekerja.

Anak-anak yang mewah dengan nilai material ini, gersang dan menderita
pada nilai kasih sayang dan perhatian ibu bapanya. Sering saya ulang,
'mereka adalah generasi yang kesunyian'.

Jangan terkejut, dengan hanya 3 hari perkenalan, seorang remaja boleh
menjadi mangsa lelaki yang berniat jahat. Mengapa begitu mudah? Lelaki
itu memberi sesuatu yang tiada diperolehi remaja tersebut di dalam
keluarganya iaitu KASIH SAYANG dan PERHATIAN.

Malam ini saya mahu pelajar-pelajar yang hadir ke kuliah ini, melatih
diri mereka dengan tabiat " Begin With the End in Mind
". Lihatlah apa yang menanti di hujung
perjalanan mereka sebagai seorang doktor perubatan , jurutera dsb



TENTUKAN NILAI SEAWAL PERJALANAN

Maka, semenjak mereka di bangku pengajian, soal nilai yang ingin dibawa
pada kerjaya di masa hadapan, mesti ditentukan.

Anda boleh mengambil sikap tidak mengendahkan hal ini, bekerjalah selagi
mampu, kejarlah habuan material yang dikejar selama ini, tetapi anda
perlu meneliti harga yang perlu dibayar. Perhatikan di mana korbannya?
Harga dan korban itu mungkin rumah tangga, mungkin pesakit, dan yang
paling besar, mungkin sistem itu sendiri.

Hati saya amat terhiris, mendengar kawan-kawan saya dan isteri, mengeluh
tentang satu demi satu penceraian yang menimpa pasangan doktor. Sama ada
kedua-dua suami dan isteri itu doktor, atau salah seorang daripada
mereka.



PROVOKASI DEMI MASA DEPAN

Atas provokasi inilah, saya mengajak sahabat - sahabat, untuk menyemak
hubung kait bidang pekerjaan dengan Tujuan Hidup mereka. Kenang kembali
siapa mereka di alam ini? Kenal diri, dan kenallah Ilahi.

Kita sebagai hamba Allah, menjaga tali kita dengan Dia yang disembah.
Yang diabdikan diri kepada-Nya. Ia hablun minaLlah.

Kita sebagai khalifah, menjaga tali kita dengan manusia ciptaan-Nya,
kerana kita ditugaskan menjadi saluran kebaikan-Nya ke alam ini. Ia
hablun minannaas.

Buat baik kepada sesama manusia, boleh dengan sedekah, boleh dengan
memimpin tangan si buta di pinggir jalan. Namun sedekah hanya sekali
sekala, orang buta bukan setiap hari kita jumpa. Jalan kebaikan yang
paling utama, adalah pada menjadikan kerja sebagai ibadah. Memberi
kebaikan kepada manusia, melalui pekerjaan yang dikurniakan Allah kepada
kita .

JIKA KERJA JADI IBADAH

Jika kerja jadi ibadah, Allah adalah 'CEO' kita. The unsung hero beroleh
quwwah, untuk terus membuat kebaikan, biar sekecil mana pun di mata
insan.

Jika kerja jadi ibadah, ia jalan Taqarrub kepada Allah. Tidak tergamak
menghambur dosa, kerja dibuat sebaik yang upaya.

Jika kerja jadi ibadah, biar sempit jalan KEPERLUAN, asalkan luas
perjalanan mencapai TUJUAN.

Ubah paradigma, betulkan nilai pada kerja.

Teruskan cita-cita kalian menjalani kerjaya masing-masing. Ia cara
terbesar, kamu zahirkan syukur kepada-Nya.

Kita hamba-Nya, kita Khalifah-Nya.

Berapa ramai lelaki boleh jadi imam.... Keluarga

Kaum muslimin yang dirahmati Allah SWT


Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!"
Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan
sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.


"Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.



Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanitakini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

Tuesday, April 22, 2008

KALAU TAK SUKA PULANGKAN

Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta dihalakan ke dalam garaj. "Horey! Papa balik!" Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.

"Tepi! Bahaya tau tak?" Jeritnya.

Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.

"Aimin bawa adik ke belakang." Arahnya pada anak yang sulong.

Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.

"Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita," pujuk Laila.

Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.

"Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!" Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya. "Asal saya balik rumah mesti bersepah. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?" sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.

"Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman." Balas isterinya lembut.

"Fail saya kat depan tu mana?"

"Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan."

"Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi." Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu.

Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya. "Laila" Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- -
"Saya nak ke out station minggu depan."

"Lama?" Soal Laila.

"Dalam seminggu."

"Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?"

"Budak-budak? "

"Ikut jugalah."

"Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana . Tengok masa kat Legacy dulu tu&"

"Masa tu Amirul kecik lagi." Balas Laila. Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi. " Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana." "Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung," Muktamad! Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.

"Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!"

"Manalah saya ada masa.." "Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!" Dia tersentak dari khayalannya. "Kalau tak suka pulangkan balik!" Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir. Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma..

"Mizi, makan!" Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. "Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah."

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- -------
"Papa! Makan!" Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya. "Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?"

Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.

"Awak masak apa?"

"Mama masak sup tulang dengan sambal udang!" jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.

"Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!"

"Papa nak ke mana?" Soal isterinya perlahan.

"Keluar!"

"Mama dah masak Pa!"

"Awak saja makan!"

"Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!"

Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan. "Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?" Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi. "Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan." "Abang tak suka tengok papa marah-marah. ." "Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?"

Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?

Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.

"Laila.." serunya

"Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti." Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.

"Sunyi pulak rumah ni mak,"

"Lama-lama kau biasalah."

Airmatanya menitis laju. "Kalau tak suka pulangkan!" Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- -------
"Papa beli apa untuk Aiman?" Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.

"Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu."

"Tak ada lah?"

"Ingat papa ni cop duit?"

Aiman termangu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.

Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya. "Awak tak sihat ke?"

Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.

"Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi." Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.

Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.

"Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!" Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.

Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.

"Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!"

Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.

"Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan. " Ujar Laila perlahan

"Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana , kecah barang. Gila apa?" Omelnya kembali.

Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------
"Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni." Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang. Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah. "Celaka betul!" Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja. "Abang!"
"Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!" Getusnya kasar.
Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.

Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.

"Pak Ngah, Eddie nak balik!" Shamizi terpana. Dia mengangguk. "Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti." Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A. "Laila"

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- -------
"Papa nak ke mana hensem-hensem gini?" Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. " Wan gi-wangi lagi. Dating ye?"

"Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff." Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.

"Ikut boleh?"

"Dia tak ajak family. Staff only!" Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang. "Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami."

"Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. "

"Papa pesanlah.."

"Nantilah besar sikit." Dalihnya.

"Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun."

"Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,"

Laila terdiam. "Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki."

"Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik." "Mama tanya sikit boleh?" Dia mengangguk "Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?"

Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.

"Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik," ujar Mr. Kwai, tuan rumah.

Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.

"Kalau tak suka pulangkan!" Kata-kata itu semakin keras di fikirannya. Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian. "Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan! " Laila merenungnya dalam.. Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa.. "Kalau tak suka pulangkan,"

Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.

Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila.

Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.

Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah. Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..

Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan. ......... ......

IBUKU SEORANG PEMBOHONG

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.


Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga.

Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah nak ibu tak lapar." – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.


Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik.
Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi..
Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak.
Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih denagn beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.


Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.
Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih saying ibu yang jauh lebih kental.
Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" – PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.


Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.
Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu.
Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta saya tidak perlukan lelaki." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.


Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya.
Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.


Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara.

Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.

Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.




Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta.

Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap ajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menhadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus.

Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.

Friday, April 18, 2008

anda tidak akan jumpa di mana-mana surat khabar ...




you won't see these in our local newspapers .........


THESE ARE THE PICTURES THE GOVERNMENT CONTROLLED MEDIA WILL NEVER SHOW YOU IN THEIR PAPERS.

An explosion occurred on the 17th. March 2008 at the Malayan Flour Mills premises at Lumut killing 3 persons and on the 18th. March, the new MB Ir.Nizar and the DAP state assemblyman Ngeh Koo Ham visited the family of one of the victims. Here are the pictures that will bring tears to your eyes!

MB Ir Nizar bersama ADUN DAP Ngeh Koo Ham melawat keluarga mangsa letupan kilang tepung Malayan Flour Mills di Manjung pd 18 Mac 2008.

Gambar di bawah MB Ir Nizar ketika meluangkan masa di rumah seorang dari 3 mangsa yg terbunuh, Lok Lai Keat, 51 dari Sitiawan. MB Ir Nizar yg boleh bertutur dalam dialek mandarin, hokkien dan kantonese turut memujuk anak mangsa Lok Min Yee, 10 yg meratapi kehilangan bapanya. (gambar ini tidak mungkin tersiar di media arus perdana).


touching photos,..


i bet you will in tears seeing this photo,.. so touching,..


Our public media controlled by BN government won't show this photos, news.

So let it be our responsible, all of us who receive this mail to spread and share this touching stories
with all our beloved malaysians, chinese, indians and malay frenze,. - zouls


Keratan berita kemalangan.

3 mati, 4 cedera kilang tepung meletup http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0318&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_13.htm
Oleh NORSHARUDDIN SAPIAN

LUMUT 17 Mac - Tiga pekerja kilang mati manakala empat lagi cedera selepas kilang tepung meletup dan terbakar di Batu Undan, Segari dekat sini hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Supritendan Ahmad Rabawi Abd. Jamil berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 2.05 petang semasa beberapa orang pekerja sedang menjalankan kerja-kerja kimpalan di kilang itu.

Katanya, mangsa yang terbunuh ialah Mohd. Faizal Mohd. Said, 29, dari Kampung Tebuk Yan , Pantai Remis; Lok Lai Keat, 51, dari Taman Sejati 2, Sitiawan dan Low Pin Tin, 53, dari Sungai Pari Towers, Ipoh.

Beliau memberitahu, kerja-kerja kimpalan tersebut dilakukan dalam sebuah terowong di jeti berhampiran kilang terbabit.

''Ia dipercayai disebabkan percikan api semasa kerja kimpalan berjalan. Letupan kuat berlaku sebelum diikuti dengan kebakaran di sebahagian bangunan kilang tersebut.

Thursday, April 17, 2008

Isu Babi ! eee peliknya....

MEMANG BENAR PETIKAN INI

SELEPAS lima minggu Pilihan Raya Umum Ke-12 yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen dan lima negeri dikuasai pembangkang, pemimpin BN terutama dari Umno masih lagi saling menuding jari. Dengan mandat yang diberi untuk kembali berkhidmat kepada rakyat � walaupun kurang lapan kerusi daripada majoriti dihajati � BN seharusnya sudah mengorak langkah untuk memenuhi segala janji pilihan raya dengan matlamat menarik semula sokongan mereka lima tahun lagi.

Malangnya, apa yang berlaku sejak 8 Mac lalu ialah pemimpin BN, khususnya di kalangan Umno, bercakaran sesama sendiri. Saban hari kedengaran tuduh menuduh di kalangan pemimpin Umno dan masing-masing cuba menyalahkan orang lain sebagai punca kemerosotan teruk BN pada pilihan raya umum lalu.

Ada yang mahu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi seorang saja bertanggungjawab atas kekalahan itu sedangkan mereka terlepas daripada tanggungjawab itu. Mereka seolah-olah cuba menafikan hakikat bahawa kebencian sebahagian pengundi kepada BN dan Umno yang berputik sejak sekian lama, disuburkan oleh tindak-tanduk mereka sendiri sehingga menghasilkan buah busuk pada pilihan raya umum lalu.

Sebab-musababnya, seperti diketahui ramai, adalah pelbagai. Antaranya, tindakan menghunus keris oleh Ketua Pergerakan Pemuda Umno mengguris hati masyarakat bukan Melayu sehingga pengundi Cina tidak mengundi BN. Masyarakat India, khususnya di Selangor, marah kepada kerajaan berikutan tindakan kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar ketika itu, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, meroboh kuil di penempatan Rimba Jaya sebelum pilihan raya umum lalu.

Tindakan Dr Khir menghadiahkan penyapu kepada kakitangan awam, yang turut dijadikan isu dalam pilihan raya baru-baru ini, menyebabkan ramai kakitangan awam dan pengundi Melayu mengundi pembangkang sehingga negeri itu kini bertukar kerajaan. Sabotaj di kalangan pemimpin Umno sendiri turut mengubah keputusan pilihan raya umum lalu.

Berapa ramai ketua bahagian dan bekas wakil rakyat yang tidak terpilih semula sebagai calon, dilaporkan berkempen untuk mengalahkan calon parti sendiri. Malah ada ketua bahagian yang tidak mengagihkan peruntukan kempen pilihan raya kepada jentera parti kerana mahu menyimpannya untuk kempen pemilihan Umno, menyebabkan penyokong akar umbi marah sehingga berlaku sabotaj.

Memang Abdullah sebagai ketua, harus bertanggungjawab atas kemerosotan BN. Bagaimanapun, adalah tidak adil untuk menyalahkan beliau semata-mata. Perdana Menteri memang mempunyai kelemahan dan kita juga akui beberapa janji BN pada pilihan raya umum 2004, tidak beliau penuhi. Sehingga kini pun, beliau tidak pernah menafikan bertanggungjawab.

Lebih daripada itu, hampir selang sehari beliau terpaksa menidakkan khabar angin meletak jawatan sambil berikrar untuk melakukan perubahan sehingga tiba waktunya untuk berundur menerusi proses peralihan kuasa yang tersusun dan terancang. Tetapi apakah barisan kepemimpinan Umno seluruhnya harus bebas daripada turut sama dipertanggungjawabkan?

Bukankah mereka juga sebelumnya tidak melakukan apa-apa terhadap keterlanjuran beberapa pemimpin dalam Majlis Tertinggi Umno? Jawapannya ialah mereka bersama-sama bertanggungjawab tetapi memilih untuk Abdullah seorang dipersalahkan.

Apapun rentetannya nanti, pengunduran Abdullah tidak mungkin dapat menyelesaikan semua masalah. Segala-galanya tidak akan menjadi serba harum dengan hanya seorang dijadikan korban. Sama ada disukai atau tidak, ahli Umno di segenap peringkat harus sama-sama memikul tanggung jawab di atas apa saja daripada kekurangan, kelemahan, keangkuhan mahupun keterlanjuran yang membuat pengundi menolak mereka.

Rakyat sebenarnya mengharapkan perubahan dan tindakan, bukannya keasyikan Umno untuk terus berbalah sesama sendiri. Segenap usaha kini harus ditumpukan untuk menghadapi cabaran lebih besar daripada kegagalan BN meraih majoriti dua pertiga. Krisis pemakanan global dan kenaikan harga minyak memerlukan perhatian serius kerajaan kerana kesannya sudah mula dirasai rakyat.

Rakyat, selepas mereka 'mengajar' BN pada 8 Mac lalu, dengan penuh minat memerhatikan sama ada gabungan 14 parti dokongan Umno itu belajar daripada kesilapan lalu. Lantaran itu, Abdullah harus diberi sokongan untuk memperbetulkan keadaan dengan mengotakan segala janji memimpin dengan berwibawa.

PETIKAN BERITA HARIAN 16 APRIL 2008

Memang benar apa yang diperkatakan diatas, rakyat mahu menyedarkan pemimpin-pemimpin umno ini. Ramai dikalangan pemimpin-pemimpin umno ini telah lupa tujuan penubuhan umno, mereka telah mengunakan umno untuk perjuangan poket sendiri . Insaflah sebelum nasi menjadi bubur atau umno akan dikuburkan didalam muzium negara dan buku-buku sejarah.

Tuesday, April 15, 2008

Renung-renungkanlah

Diceritakan oleh USTAZ NAHRAWI MARZOKI


PERISTIWA yang ingin saya ceritakan adalah mengenai satu
jenazah yang bagi saya cukup aneh. Darah tak putus-putus
keluar daripada seluruh tubuhnya. Tak tahulah kenapa... tapi
dari sejak Allahyarham meninggal dunia, darah tak
berhenti-henti keluar.


Allahyarham ini meninggalnya kerana sakit, bukan sebab
kemalangan. Doktor pun mengesahkan tidak ada penyakit yang
boleh sebabkan jenazah berdarah macam itu sekali. Apakah yang
berlaku kepada Allahyarham?


Peristiwa tersebut berlaku beberapa tahun lalu di sebuah tempat
di Selangor. Tapi maaflah, nama orang dan nama tempat kejadian
tak dapat saya ceritakan ialah Allahyarham ini adalah seorang
lelaki, meninggal ketika berumur 50-an atau 60-an tahun dan
semasa hidupnya,
Allahyarham bolehlah kita golongkan sebagai orang kaya. Dia
pegawai kerajaan dan pernah menjadi penolong pengarah agensi
tempat dia bekerja.


Allahyarham ini ada beberapa orang anak. Beliau meninggal dunia
di rumahnya pada pukul 8.30 malam kerana sakit biasa.Tapi saya
diberitahu doktor pun tak tahu apa penyakit yang dihadapinya.


Tapi yang menimbulkan pertanyaan dan keinsafan ialah apabila
Allahyarham habis saja nazak dan lepas itu menghembuskan
nafasnya yang terakhir, tiba-tiba saja darah mula keluar
daripada seluruh tubuhnya, khususnya dari liang-liang dan
rongga-rongga. ..dari mulut, telinga, hidung, mata, celah-celah
bulu roma dan celah-celah kuku. Mula-mula sedikit, tapi makin
lama makin banyak sampai mayat itu dipenuhi darah. Darah itu
pun tak putus-putus keluar. Cukup
mengerikan.. .dan menyedihkan.


Apabila tengok mayat ayahnya itu lain macam, anak Allahyarham
pergi ke rumah saya. Masa itu kira-kira pukul 11.00 malam.
Kebetulan pula anak Allahyarham itu murid saya yang memang
saya kenal sangat.


Dalam keadaan yang sedih bercampur panik dia berkata, "Ustaz,
ayah saya meninggal dunia. Ustaz boleh tolong tak?"


Saya kata, "Boleh, tapi kenapa pula? Ada masalah ke?"


"Mayat ayat saya ni agak lain sikitlah ustaz. Saya minta
sangatlah ustaz dapat tolong kami," kata anak Allahyarham
tadi. Bagaimanapun dia tidak ceritakan pada saya apa yang
terjadi pada mayat ayahnya itu.


Saya pun pergi ke rumahnya. Apabila sampai di rumahnya baru dia
ceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Saya naik ke atas rumah
dan terus pergi ke tempat Allahyarham diletakkan dan...
masya-Allah, saya tengok darah sudah penuh di seluruh badan
Allahyarham. Baunya pun semakin hanyir. Busuk. Dan busuknya
pun lain dari yang lain...sukar untuk saya gambarkan hinggakan
kemenyan yang dibakar dan bau-bauan pun tak boleh mengurangkan
bau busuk mayat itu.


Apabila saya pandang wajah Allahyarham, saya lihat ia seperti
dalam keadaan cemas, takut... langsung tidak ada tanda-tanda
kejernihan dan nur di wajahnya. Apa yang sebenarnya dialami
dan dirasai oleh Allahyarham ketika itu wallahuaklam. Allah
yang lebih mengetahui.


Maha suci Allah, mayat ini cukup pelik sebab baru dua jam lebih
dia meninggal tapi begitu aib sekali keadaannya. Dalam hati
saya berdoa dan beristighfar supaya saya dapat uruskannya
dengan cara terbaik dan tidak berlaku lagi sesuatu yang
mengaibkan Allahyarham.


Saya pelawa beberapa orang kawan untuk uruskan jenazah tadi.
Kami ambil kapas dan tutup mulut, hidung, mata, telinga dan
rongga-rongga besar pada mayat. Tapi Allah itu Maha Berkuasa,
kapas itu tidak mampu menahan darah yang keluar.


Apabila dicabut kapas yang sudah basah dengan darah utuk
diganti dengan kapas yang lain, darah meleleh keluar dari
rongga-rongga tadi. Menjejes hingga kain dan tikar tempat kami
baringkan mayat itu menjadi merah. Tidak tahulah berapa banyak
kapas yang kami gunakan, tapi tak berkesan.


Allah jua yang menentukan. Tidak cukup dengan darah, tambah
menyedihkan saya ialah muka dan kulit di seluruh tubuh
Allahyarham tadi tiba-tiba menggerutu. Keluar satu bahan
berlendir, menggerutu macam cacar yang berbonjol-bonjol di
muka dan badannya.


Bonjol-bonjol kecil itu seperti bernanah dan busuk baunya.
Makin lama bonjol-bonjol itu makin banyak hingga tidak
keterlaluan kalau saya katakan di sini iaitu wajah jenazah
tersebut sudah tidak menyerupai wajah manusia lagi.


Melihat keadaan mayat yang sebegitu rupa, saya pun katakan
kepada semua kaum keluarga Allahyarham dan pembantu saya,
"Kita mesti kebumikan jenazah ini malam ini juga." Mereka
bersetuju. Selain daripada dua orang pembantu, tiga orang anak
Allahyarham juga menolong saya menguruskan jenazah bapanya.
Tapi sedih, seorang demi seorang anak Allahyarham itu pengsan
kerana tidak sanggup melihat keadaan mayat bapa mereka itu.
Akhirnya tinggallah saya dengan dua pembantu saya tadi.


Bagi mengelakkan tohmahan orang dan tak mahu kain kapan menjadi
merah, saya ambil keputusan untuk membalut Allahyarham dengan
plastik...plastik alas meja yang berwarna putih. Selepas itu
barulah kami balut mayat tadi seperti biasa dengan kain putih.
Mengikut syarak, mayat tidak digalakkan dikebumi malam-malam.
Tapi dalam keadaan darurat seperti itu saya tidak boleh tunggu
lama-lama. Kebetulan pula kawasan perkuburan terletak tidak
jauh dari rumah Allahyarham, kira-kira dua kilometer sahaja,
jadi kami cari lampu dan spotlight. Dalam waktu dinihari yang
gelap dan sejuk itu kami suluh jalan dan kawasan kubur
Allahyarham. Kami mula kebumikan Allahyarham itu kira-kira
pukul 1.30 pagi.


Sampai saja ke kuburnya , berlaku sekali lagi peristiwa aneh,
yang amat mengharukan. Kuburnya dipenuhi air! Air itu macam
air biasa tapi tak putus-putus keluar dari celah bumi. Ini
memang aneh sebab hari itu tidak hujan. Kalau hendak dikatakan
kawasan kubur itu rendah, lembah.. tak juga sebab sudah banyak
kubur di situ tapi tak pernah pula terjadi macam ini.
Memandangkan orang ramai sudah mula kecoh, kami ambil
keputusan mengebumikan juga mayat itu dalam keadaan ia
ditenggelami air.


Menyedihkan. Apabila mayat mencecah saja ke air, maka air itu
bertukar menjadi merah kerana bercampur dengan darah. Hanyir,
busuk....susah saya nak cakap macam mana baunya ketika itu.
Makin lama warna air itu makin merah. Mujur waktu itu tengah
dinihari, orang yang datang ke kubur tak nampak sangat. Kalau
siang...


Kami pun benamkan jenazah tadi, endal betul-betul dan kemudian
tutup dengan papan. Kami buat betul-betul supaya jenazah tidak
terlungkup. selepas selesai semuanya. kubur pun dikambus.
Selesai ditalkinkan, saya dan semua yang menghantar
Allahyarham ke kubur kembali semula ke rumah masing-masing dan
saya menenangkan keluarga Allahyarham yang bersedih.


Entah apa kesalahan yang telah Allahyarham lakukan saya tak
tahulah. Yang tahu cuma Allah dan Allahyarham. Bagaimanapun
saya yakin ia adalah balasan Allah kepada Allahyarham. Bagi
saya ini satu iktibar. Saya tidak mengatakan Allahyarham telah
melakukan sesuatu kesalahan besar tapi bagi saya, darah ini
mempunyai tiga kaitan dan mungkin apa yang berlaku pada
Allahyarham ada kaitan dengan salah satu
daripadanya. Saya kata mungkin...bukan menuduh.


PERTAMA, janganlah sekali-kali kita membunuh orang.Membunuh
pula banyak caranya. Saya bukan kata Allahyarham ada membunuh
orang tapi perlu diingat darah itu mahal harganya.


KEDUA, ia mungkin ada kaitan dengan makanan dan minuman.
Janganlah kita memakan makanan dan minuman yang haram sebab ia
menjadi sumber darah yang mengalir dalam tubuh kita ini.
Jauhkanlah diri daripada rasuah, makan harta anak yatim atau
duit masjid, harta pusaka dan sebagainya yang bukan milik
kita.


KETIGA, hormatilah darah. Kalau ada darah di rumah atau di
jalan raya akibat kemalangan, bersihkan;ah dengan air. Bagi
perempuan, ingin saya ingatkan. Cucilah tuala wanita (semasa
haid dan nifas) selepas anda menggunakannya. Bersihkan darah
dengan air bersih baru dibuang tuala itu. Jangan buang begitu
saja selagi masih ada darah kotor yang melekat pada tuala itu.
Walaupun darah itu kotor, tapi ia juga makhluk Tuhan yang
perlu dihormati.


Renungkanlah diri kita dan jadikanlah kisah ini sebagai
iktibar. Ingatlah, suatu hari nanti kita juga kan menghadap
Allah S.W.T. Berdoalah supaya perkara-perkara aib macam ini
tidak terjadi pada kita.

Mufti Perlis oi.....

Pilihan raya lalu membuktikan bahawa rakyat mengundi untuk kebaikan negara malah mahukan perubahan ke arah yang lebih positif, adil dan telus.

Mufti Perlis, Dato' Dr Asri Zainul Abidin berkata usaha-usaha ke arah hasrat tersebut kelihatannya sedang giat dilakukan di mana kerajaan pusat juga telah merangka berbagai cadangan dan gagasan agar ketelusan dan keadilan dapat dilaksanakan.

"Begitu juga sesetengah kerajaan negeri yang baru dan yang lama. Sokonglah usaha-usaha yang baik serta berikanlah kritikan yang membina," katanya dalam rencana Pena Mufti yang disiarkan Mingguan Malaysia.

"Politik bukan untuk membalas dendam atau ruang mencurahkan emosi yang tidak sudah-sudah. Sebaliknya, berpolitiklah untuk keadilan dan kebahagiaan kehidupan manusia di dunia dan akhirat," katanya.

Dalam pada itu beliau turut mengingatkan peristiwa pilihanraya yang lepas, perkara pertama yang mesti dilakukan oleh pihak pemerintah bagi mengeluarkan diri dari krisis dan kegawatan politik yang saban hari mengganggu rakyat adalah dengan cara bertaubat kepada Allah dengan taubat nasuha.

"Segala kesalahan, ketidakadilan, ketidaktelusan, kecuaian atas tanggunjawab yang Allah amanahkan selama ini hendaklah benar-benar insaf dan memohon ampun daripada Allah.

Kata Dr Asri, pasca politik kini adalah ujian untuk kepimpinan negara dan bukan masa untuk menunjukkan ego, atau mencari-cari kesilapan pihak lain sebaliknya melupai dosa-dosa politik yang pernah dilakukan.

"Kita ingin mendengar kepimpinan memohon kemaafan kepada rakyat di atas segala kesilapan yang pernah berlaku sepanjang pentadbiran yang lalu. Inilah yang akan mendatangkan keberkatan dan menimbulkan rasa hormat rakyat.

Dalam laman web drmaza.com beliau juga menjelaskan bahawa para pemimpin adalah contoh untuk sekelian rakyat dan diperhatikan malah kemewahan yang tidak betul cara akan menimbulkan tanda tanya.Ini termasuklah sikap dan perwatakan para pemimpin yang dipersoalkan, kata Dr Asri.

"Demikian jugalah anak isteri mereka. Gaya yang berlebih-lebihan membuat rakyat merasa jelak. Ada yang sehingga ketika artis hindustan datang ke Malaysia yang terlebih Bollywood dari Bollywood. Sedangkan dia isteri orang besar," katanya dalam laman web terbabit.

Ramai pemimpin seketika dulu merasakan mereka manusia kebal yang tidak mungkin ditumbangkan sedangkan mereka lupa bahawa rakyat sedang merasa mual,katanya.

Malah jika pemimpin bercakap soal Islam, hendaklah dibuktikan menerusi percakapan, pendekatan, sikap dan juga pakaian anak isteri.

Sementara itu beliau mengakui banyak perkara yang patut diberi komen berhubung konsep Islam Hadhari namun menangguhnya terlebih dahulu dan akan menjelaskan dalam buku yang bakal di tulisnya.

"Banyak perkara yang patut saya komen tentang Islam Hadhari. Sejak dahulu saya selalu mengelakkan dari menyebut jenama yang mengundang 'seribu kekeliruan itu'.

"Saya akan menulis tajuk khas mengenainya, insya-Allah. Apa yang penting banyak perkara perlu dibetulkan. Bertaubat!," katanya. - mks.

Sunday, April 13, 2008

Lindungi hak istimewa Melayu


Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Mohammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail berkata, adalah tidak wajar bagi kaum-kaum bukan Melayu yang mendapat kerakyatan, menuntut persamaan hak dan keistimewaan sebagaimana orang Melayu.

bbpm tengku faris 120408 tengku faris"Sewajarnyalah semua rakyat bersatu dan tidak harus ada ungkit mengungkit mengenai hak dan keistimewaan orang Melayu.

"Ia adalah quid pro quo sebagai balasan kepada beri paksa kerakyatan kepada 2.7 juta kaum lain yang datang ke Persekutuan Tanah Melayu," titahTengku Mohammad Faris ketika merasmikan perhimpunan perpaduan Melayu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ib u negara hari ini.

Perhimpunan yang disertai hampir 1,000 orang itu adalah anjuran Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM).

Ahli panel majlis tersebut ialah bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Hassan Ahmad; Presiden Gapena, Tan Sri Ismail Hussein, pakar ekonomi, Datuk Kamal Salleh dan tokoh agama, Uthman El Muhammadi.

Tengku Mohammad Faris bertitah, hak dan keistimewaan orang Melayu adalah amanah dan tanggungjawab yang wajar dilindungi oleh generasi keturunan Melayu.

Orang Melayu, titah baginda, adalah penduduk asal negeri-negeri Melayu yang dijamin hak istimewa sebagai rakyat Malaysia.

Jadi tonggak

bbpm tengku faris 120408 crowd"Ia bukan sahaja perlu dipertahankan tetapi juga dijadikan tiang seri atau tonggak kepada kelangsungan ketuanan Melayu," titah baginda.

Bagaimanapun, titah Tengku Mohammad Faris, dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia, hak kaum lain adalah sentiasa terjamin.

"Melihatkan tindak tanduk dan karenah mereka yang menang dan kalah (dalam pilihanraya), ia memberi petunjuk bahawa kedaulatan dan ketuanan Melayu amat mencabar.

"Mungkinkah ianya akan terhakis atau hilang terus," titah Tengku Mohammad Faris.

Tengku Mohammad Faris turut menegur sikap kalangan pemimpin Melayu - demi kekuasaan - sanggup mengenepikan kepentingan orang Melayu sendiri.

Ini, tidak baginda, berbeza dengan pemimpin kaum lain yang sanggup bersatu walaupun berbeza fahaman demi mempertahankan hak mereka.

"Malangnya, saya dapati orang Melayu masih mengamalkan sikap marahkan nyamuk kelambu dibakar atau marahkan pemimpin, masa depan anak cucu digadaikan.

Pertahan Raja Melayu

"Yang menyedihkan ada pula paling taksub hendakkan kuasa sehingga membujur lalu, melintang patah asalkan mendapat kuasa," titah baginda.

Sehubungan itu, Tengku Mahkota Kelantan itu berharap perhimpunan ini dapat menyatukan semula orang Melayu.

Ismail pula ketika berucap berkata, jika kerajaan negeri Pulau Pinang berlaku tidak adil kepada orang Melayu, perlulah ada satu perhimpunan seperti Hindraf sebagai protes.

Katanya, kedudukan orang Melayu sebelum peristiwa berdarah 13 Meil 1969, tidak ubah seperti orang Red Indian di Amerika Syarikat.

"Tetapi ia telah telah disusun oleh Tun Razak (Hussein) sehingga seperti yang ada sekarang ini," katanya.

Sementara itu, Osman pula, dalam ucapannya berkata, perhimpunan ini bertujuan untuk mempertahankan kedudukan Raja-Raja Melayu dan agama Islam sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan.

Katanya, ia juga bertujuan untuk menangani hambatan dan cabaran yang mengancam perpaduan Melayu dan agama Islam, serta mengatasi sindrom senyap di kalangan orang Melayu mengenai hak-hak mereka.

Friday, April 11, 2008

Tidak Ambil Pengajaran

Pilihanraya tempoh hari tidak memberi kesedaran kepada pucuk pimpinan tertinggi negara, sebaliknya telah mengejutkan banyak pihak diatas keputusan yang di buat. Diantaranya memberi jawatan ketua kampung kepada jawatan lain. Sedar atau tidak, ada dikalangan ketua kampung ini tidak disukai oleh masyarakat setempat.

Ini boleh menyebabkan perpecahan yang lagi kuat didalam umno itu sendiri, kerana mereka ( ketua kampung ) ini dahulunya adalah ketua-ketua cawangan umno yang dilantik oleh menteri besar dengan sokongan ketua-ketua bahagian. Kebanyakan dari mereka ini telah menyebabkan penduduk berpecah belah.

Kebanyakan mereka ini mengamalkan sistem kamu bukan ahli parti aku, kamu bukan kroni aku, kamu suka melawan aku walaupun kita satu parti dengan kamu kami boikot, kamu tidak boleh berkawan dengan musuh kami sama ada satu parti ataupun tidak, jika kamu berkawan atau bersembang dengan mereka kamu akan disenarai hitamkan.

Sedangkan mereka yang dimacam-macam ini dahulunnya adalah kawan baik mereka sendiri. Yang dimacam-macam ini suka berkawan atau telah berkawan lama, mereka suka bercampur gaul dalam kehidupan tanpa kawalan kuasa politik, kemudian diboikot. Adakah ini sistem yang diamalkan oleh umno atau cuma pihak-pihak tertentu sahaja ?

Mereka-mereka yang diboikot, dipulau, dianak tirikan, disenarai hitamkan dan sebagainya ini kemanakah hala tuju mereka, pernah tak pemimpin atasan ini terfikir ? Kekalahan BN adalah sikap pemimpin BN itu sendiri. Jangan nak salahkan ahli parti atau sesiapa pun sebaliknya cari salah sendiri.

Dan jika benar mereka ini disokong oleh penduduk, biarkan mereka bertanding untuk jawatan ketua kampung yang akan diadakan ditempat masing-masing. Kita akan dapat melihat kesannya.

Jangan kerana nyamuk seekor kelambu dibakar.

Tuesday, April 8, 2008

Perak umum portfolio exco

Mar 31, 08 9:02pm

Perak mengumumkan portfolio 10 ahli majlis mesyuarat (exco) negeri di tengah-tengah kegemparan seorang wakil rakyat DAP keluar parti itu - keputusan yang boleh menggoncang kerajaan campuran itu yang memerintah dengan majoriti kelebihan tiga kerusi.

Menteri besar Mohammad Nizar Jamaluddin, wakil PAS di Pasir Panjang, sebagai pengerusi jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Tanah, Hasil Bumi dan Sumber Asli, Keselamatan dan Pembangunan Luar Bandar.

Sepuluh exco itu, tidak termasuk menteri besar Mohammad Nizar Jamaluddin, yang mengangkat sumpah Sabtu lalu mendapat portfolio berikut:

Ngeh Koo Ham (DAP-Setiawan) sebagai pengerusi jawatankuasa Kewangan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Tenaga dan Air dan Hal Ehwal Bukan Islam.

Nga Kor Ming (DAP-Pantai Remis) - jawatankuasa Pendidikan, Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Awam.

A. Sivanesan (DAP-Sungkai) - jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Sumber Manusia.

Seah Leong Peng (DAP-Pasir Bedamar) - jawatankuasa Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Chen Fook Chye (DAP-Keranji) - jawatankuasa Perpaduan dan Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Pengguna.

Su Keong Siong (DAP-Pasir Pinji) - jawatankuasa Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Komunikasi.

Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang) - jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pertanian dan Perdagangan.

Tai Sing Ng (PKR-Kuala Sepetang) - jawatankuasa Pembangunan Industri dan Penerangan.

Mohd Osman Mohd Jailu (PKR-Changkat Jering) - jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Insan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Mohd Zainuddin Mohd Yusof (PAS- Lubuk Merbau) - jawatankuasa Agama, Pendidikan Islam, Wanita dan Kebajikan.

Menjelang tengah hari tadi, seorang wakil rakyat DAP menimbulkan kegemparan apabila mengirim surat keluar parti dan, menurut suratnya yang diperolehi Malaysiakini, keputusannya itu "muktamad".

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Buntong, A Sivasubramaniam, sekali lagi membuat kejutan apabila menarik kembali suratnya itu kira-kira 6 petang tadi.


(petikan Malaysiakini)

LAGU-LAGU BARU

SPIDER DAN SCORPIONS


______________________________________

MAT REMPIT PUNYA LAGU DA...

LAWAK MEMANG LAWAK

Cakap tak serupa bikin

PRU 12 sudah genap sebulan berakhir, tetapi masih ramai lagi tidak dapat menerima hakikat samada yang menang ataupun yang kalah. Masing-masing asyik menyalahkan antara satu sama lain, bukannya mengambil ikhtibar atau tauladan daripada pengalaman PRU 12. Tidakkah ini satu lawak bodoh yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin ini.

Dahulu mereka pernah berkata " bukan pangkat, darjat, nama dan harta yang kami cari tetapi kami ingin memperjuangkan hak dan nasib rakyat. kami akan membantu rakyat ". Inilah salah satu petikan kata-kata yang selalu diucapkan oleh mereka, namun selepas PRU12 ini semua tembelang mereka pecah, mereka memang hendakkan apa yang mereka sebutkan itu tadi.

Ada atau tidak mereka berfikir apa yang hendak dirancang untuk keperluan rakyat ? Jawapannya mudah, " tidak ". Apa yang mereka fikirkan adalah jawatan , pangkat, kuasa dan apa sahaja yang boleh mendatang hasil kepada mereka. Mereka tidak malu untuk menentang sesiapa yang mahu menghalang cita-cita mereka.

Kepentingan diri melebihi kepentingan rakyat, mereka tidak memikirkan masalah rakyat sebaliknya memikir parti dan diri sendiri. Rakyat nak mati, matilah mereka tidak kisah, janji mereka tidak. Mereka tidak sedar bahawa mereka akan mati satu hari nanti dan mereka akan diadili dimahkamah ALLAH S.W.T dengan seadil-adilnya.

Kepada pembaca-pembaca yang tolong sampaikan peringatan ini kepada mereka iaitu pemimpin-pemimpin ini, sesungguhnya doa orang teraniaya telah dimakbulkan oleh ALLAH S.W.T dan insaflah sebelum terlambat.



Nukilan penulis.

SEDARLAH WAHAI UMAT ISLAM

Antara Fitnah dan Fitna

Gempar hari ini apabila isu Fitna yang menghina ayat-ayat al-Quran. Adakah ini suatu provokasi?

Di negara kita, terdapat juga kenyataan Tokoh Pemimpin Negara kita sebelum ini dan sekarang ada yang mempunyai unsur memperlekehkan al-Quran.

Kita nampak yang jauh, kita tak perasaan yang dekat dengan kita. Orang kafir memang sentiasa tidak akan berpuas hati dan duduk diam dengan kita. Bahkan lagi mereka melihat Cahaya Islam semakin bersinar dan tidak boleh dipadamkan walau apapun strategi yang diatur dan disusun.

Sikap umat Islam sendiri yang menyebabkan orang kafir berani memperlekahkan al-Quran. Umat Islam yang ada hari ini belum menghayati dan mempratikkan al-Quran secara sepenuhnya. Orang kafir melihat umat Islam sebagai rujukan kandungan isi al-Quran.

Kita marah bila orang kafir menghina al-Quran. Pada masa yang sama kita tidak sedar ada orang Islam sendiri yang mengabaikan al-Quran dan menutup sebelah mata terhadap tuntutan al-Quran.

Wahai pemuda Islam tonggak Islam, bersihkan aqidah kita. Suluhlah sesuatu masalah dengan suluhan al-Quran. Pegang erat-erat tuntutan al-Quran dan as-Sunnah. Moga kita di atas jalan yang lurus!


Dipetik dari blog Muhammad Amin bin Hj Che Hassan al-Kalantani


betulkah ini ?

PRU 12 : Di mana kedudukan ISLAM?

PRU 12 telah beberapa minggu berlangsung. Ada yang gembira dan ada yang sedih. Semalam saya berkesempatan hadir ke program Himpunan Rakyat di Stadium Malawati anjuran PAS Selangor.

Sebelum ini, jika program PAS orang China ataupun India jarang kelihatan. Khususnya mereka yang bukan Islam. Kempen PAS FOR ALL nampaknya memberi kesan yang ketara dengan penubuhan Kelab Penyokong PAS.

Tajuk entry saya kali ini ialah “PRU 12 : Di mana kedudukan Islam?” Saya bukanlah penganalisis yang begitu cerdik yang boleh memberi pandangan kritikan yang bagus. Namun saya rasa tidak salah untuk menyuarakan tajuk ini untuk dibahaskan.

Selepas episod PRU 12, sejauh manakah masyarakat orang Melayu Islam memahami Islam yang ingin ditampilkan oleh PAS mahupun UMNO. Semenjak 50 Tahun, Orang Melayu Islam di Malaysia telah dipaparkan bahawa ulama Islam tidak mampu mengurus negara. Islam tidak mampu mentadbir negara yang mempunyai masyarakat majmuk (Melayu, China, India dan lain-lain)

PAS sudah sekian lama berhasrat menubuhkan NEGARA ISLAM. Setiap kali dalam ceramah, penceramah PAS sentiasa membangkitkan soal Negara Islam. Tetapi pada tahun PRU 12 kali ini, PAS telah membawa misi baru iaitu NEGARA KEBAJIKAN.

UMNO di bawah kepimpinan Pak Lah telah memperkenalkan ISLAM HADHARI.
Ironinya, setelah PM kita Pak Lah memperkenalkan Islam Hadhari (PM sebelum itu Mahathir menggesa penggunaan Islam diharamkan dalam persatuan dan sebagainya), orang Melayu Islam, China dan India masih samar-samar dan tidak dapat menghayatinya secara menyeluruh.

Siapakah yang lebih ikhlas dalam penghayatan Islam? UMNO atau PAS? Persoalan ini wajib dijawab dengan seikhlas mungkin. Jika UMNO lebih ikhlas apa buktinya? Jika PAS lebih ikhlas apa buktinya?

UMNO dan PAS sepatutnya bukan menganalis kejayaan dalam PRU 12 semata, bahkan sepatutnya memberi penekanan di mana kedudukan Islam dalam pandangan masyarakat Malaysia.

Orang China dan India sepatutnya diberi ruang yang lebih luas untuk memahami ISLAM. Apakah ciri keadilan ISLAM dan sebagainya. Tidak dinafikan sebelum ini sudah banyak seminar diadakan melibatkan orang China dan India, namun di mana laporan analisisnya.

Islam adalah solusi terhadap masalah di Malaysia sekarang. Bukan sekular bukan yang lain. ISLAM ada penyelesaiannya. ISLAM tidak mengutamakan bangsa, ISLAM agama sarwajagat.

ISLAM telah membuktikan ketamadunannya tersendiri. Sejarah telah mencatatkan kemenangan demi kemenangan jika suatu kelompok menghayati Islam sedalam-dalamnya. Jika ingin menjadikan ISLAM sebagai solusi, kembalilah kita bersama kepada al-Quran dan as-Sunnah.

PRU 12 telah berlangsung. Peluang terbuka luas untuk para pendakwah mendekati non muslim dari China dan India. Mereka perlu diberi penjelasan yang secukupnya untuk memahami apa itu ISLAM.

Selain itu, umat Melayu Islam juga wajib diberi pemahamam yang jelas terhadap ISLAM. ISLAM bukan bermakna atas nama sahaja, bahkan mesti dihayati dalam kehidupan seharian bermula dari sekecil-kecil perkara sehingga mentadbir negara dan dunia.

Selepas PRU 12 PAS mahupun UMNO mestilah muhasabah diri masing-masing. Selepas PRU 12 di manakah kedudukan ISLAM?

Rakyat Islam di Malaysia sepatutnya tahu siapakah yang lebih ikhlas dalam penghayatan ISLAM. PAS ataupun UMNO?



dipetik dari malaysiakini.com

ANAK DIDIK SISTEM KAPITALIS

Sufiah tak kesal jadi pelacur

LONDON: Seminggu selepas kisah hidupnya sebagai pelacur terbongkar, wanita pintar matematik, Sufiah Yusof, membuat satu lagi kejutan apabila mengakui tindakannya menjual tubuh memberinya kehidupan jauh lebih seronok dan glamor, berbanding kejayaannya memasuki Universiti Oxford pada usia 13 tahun.

Malah, Sufiah membuat pengakuan berani sebagai 'wanita penuh berahi' yang suka membaca kisah hidup dan watak pelacur dalam drama televisyen serta mampu menerima bayaran £1,000 (RM7,000) bagi setiap sesi perkhidmatannya atau pendapatan tahunan kira-kira £60,000 (RM420,000).

Anak ketiga daripada lima beradik itu juga mengakui masih trauma dan terus dihantui pengalaman peritnya ketika zaman kanak-kanak apabila didera bapanya, Farrooq Yusof, termasuk sehari suntuk belajar matematik di dalam bilik amat sejuk atas alasan dapat menambah daya ingatannya.

Sufiah, janda berusia 23 tahun, mendakwa hubungannya dengan keluarga kini semakin renggang.

"Saya tergamam dengan apa yang berlaku kepada ibu. Ya, saya ada menghubungi mereka, tetapi saya tidak mahu mengandaikan pandangan mereka terhadap kehidupan baru ini. Saya tidak rasa kesal langsung. Saya lebih yakin dengan tubuh ini serta pekerjaan saya," katanya dalam temubual dengan wartawan tabloid, News of The World.

Sufiah memutuskan untuk membuat pengakuan itu selepas tabloid berkenaan sebelum ini mendedahkan kisah hidupnya yang melacur dengan mendapat bayaran kira-kira £130 (RM910) sejam.

Pendedahan tabloid berkenaan minggu lalu, menjadi perkembangan penuh tragik bagi Sufiah yang sebelum ini melalui kehidupan yang dipenuhi banyak peluang cerah, tetapi bertukar sebaliknya selepas melarikan diri dari universiti dan keluarga pada usia 15 tahun kerana tidak tahan dengan sikap buli bapanya.

Ibu Sufiah, Halimaton Yusof berasal dari Muar, Johor, bapanya, Farooq dari Pakistan. Bapanya kini menjalani hukuman penjara 18 bulan selepas didapati bersalah mencabul dua pelajar perempuan berusia 15 tahun ketika mengajar matematik di rumah mangsa.

Farooq juga pernah dipenjara tiga tahun pada 1992 kerana didapati bersalah dalam kes pemalsuan pembiayaan sewa beli. Halimaton kini dalam proses menuntut cerai dengan Farooq selepas berkongsi hidup lebih 30 tahun.

Kakak Sufiah, Aisha, 25, pula sudah berkahwin dan tinggal berasingan, manakala abangnya, Abraham, 26, serta dua adik, Iskander, 21, dan Zuleika, 14, tinggal dengan Halimaton.
Mengimbau detik pertamanya bertukar daripada pelajar pintar kepada pelacur, Sufiah berkata dia bekerja sebagai pembantu pentadbiran dengan pendapatan kira-kira £16,000 (RM112,000) setahun di Manchester, apabila dihampiri ketua agensi teman sosial yang menyebabkannya terjerumus ke kancah pelacuran.

Ketika itu, dia dihimpit hutang termasuk bebanan kad kredit kira-kira £3,500 (RM24,500).

Namun, Sufiah tanpa segan silu atau rasa kesal, yakin statusnya sebagai pekerja seks memberi jawapan kepada semua permasalahannya.

"Saya menjadikan pelanggan tidak keruan dengan membacakan formula matematik ketika kami berasmara. Pelanggan saya sukakan kemampuan saya kerana dapat merangsang minda dan badan mereka secara serentak.

"Saya tidak berasakan semua pendidikan yang diterima selama ini sia-sia. Malah, saya lazimnya membawa kertas tugasan yang perlu diselesaikan sebelum temu janji dengan pelanggan," katanya.

Lapan tahun selepas mencipta nama sebagai pelajar pintar, Sufiah, dakwa tabloid itu, tidak menunjukkan sebarang kekesalan apabila memandang tinggi karier barunya sebagai pelacur.

"Ramai yang memandang rendah tugas sebagai teman sosial ini, tetapi saya tidak menganggapnya sedemikian. Lagi pun saya sememangnya mempunyai nafsu seks yang tinggi.

"Kini saya memperoleh semua seks yang saya ingini. Lelaki juga jauh lebih baik di ranjang dengan teman sosial berbanding teman wanita sendiri.

"Saya mempunyai pelanggan yang terpesona dengan keupayaan matematik saya. Malah, ada seorang pelanggan yang meminta saya membacakan kaedah matematik termasuk algebra ketika kami berasmara. Ia terbukti menjadikannya lebih seronok," katanya.

Sufiah juga mendakwa pendapatannya tidak kurang hebat kerana memberinya wang yang lumayan.

"Ya, saya menikmati kehidupan yang baik dan mampu mengawalnya. Saya bencikan pandangan masyarakat yang stereotaip mengenai tugas sebagai teman sosial. Ia jauh berbeza daripada tanggapan salah mereka.

"Pelanggan saya juga tidak kurang hebatnya dan melayan saya seperti puteri. Ada seorang lelaki yang sering saya temui di London membelikan saya pakaian Gucci berharga £700 (RM4,900) dan membawa saya ke Selfridges untuk memilih apa juga beg tangan yang saya mahukan.

"Pada sebelah malam, kami makan malam bersama dan dia membawa saya pulang ke hotel. Saya berasa seperti (aktres) Julia Roberts dalam Pretty Woman." � Agensi

Sumber: Berita Harian 08/04/08

Ulasan:

Jika apa yang dilaporkan di atas adalah benar, maka sungguh keji, jijik dan hina sekali apa yang dilakukan oleh Sufiah. Walau bagaimana susah sekali pun hidup seseorang itu, ini langsung tidak memberi ‘lesen’ kepadanya untuk melanggar hukum Allah. Seseorang itu mesti keluar dari kesusahan hidupnya dengan cara yang sah, yang dibenarkan oleh syarak, bukan dengan cara memaksiati Allah, apatah lagi berbangga dengan maksiat yang dilakukan.

Jika benar Sufiah mengaku telah berzina dan pengakuan ini dibuat olehnya dengan kesedaran, maka hanya orang-orang sekular dan jahil sahaja yang akan mengadakan kempen ‘Selamatkan Sufiah’.

Menurut hukum Allah, apa yang sepatutnya dilakukan ke atas Sufiah adalah rejam sampai mati. Ini kerana dia merupakan seorang penzina muhsan (telah berkahwin). Hanya ini sahajalah satu-satunya hukum Allah ke atas penzina yang keji ini dan hanya dengan pelaksanaan hukum rejam ini sahajalah yang akan membebaskan dosa zinanya di akhirat kelak, jika dikehendaki oleh Allah.

Kes Sufiah adalah satu kes yang merupakan simptom dari sistem kapitalis yang memperjuangkan sistem kebebasan, iaitu kebebasan individu (bertingkah laku). Dalam dunia kapitalis selama mana seorang individu itu 'suka-sama-suka' untuk melakukan sesuatu perbuatan, maka perbuatan itu dikira sah, yang menjadi ukuran utama ialah kebebasan individu itu tidak digugat dan merupakan perkara suci, maka apa sahaja yang ingin dilakukannya terserah kepada mereka.

Negara di sisi sistem kapitalis adalah sarana untuk memastikan kebebasan ini tidak dinodai. Dalam Islam perkara ini adalah amat berbeza sekali kerana Islam datang untuk mengatur sistem kehidupan berumah-tangga manusia, begitu juga dengan sexual instict manusia turut di atur oleh Islam melalui hubungan perkahwinan yang mulia.

Setelah muncul kes Sufiah ini, kelab UMNO UK terus sibuk ingin menjadi hero, sehingga 4,000 orang anggota dikerah untuk mencari dan menyelamatkan Sufiah. Tidak ketinggalan, heroin UMNO, Dr Mashitah juga turut menjayakan kempen ‘Selamatkan Sufiah’ di bawah arahan bosnya, Datuk Ahmad Zahid Hamidi. Banyak tenaga telah dibuang untuk menyelamatkan seorang manusia yang muncul kerana dicetak oleh sistem kapitalis ini.

Padahal, alangkah baiknya jika wang dan tenaga itu digunakan untuk menerapkan sistem Islam dalam kehidupan umat ini. Yang mana jika sistem kehidupan sosial bernegara diterapkan, kehormatan wanita dijaga dengan undang-undang negara, pakaian yang menjolok mata diharamkan, penzina muhsan (yang telah berkahwin direjam) dan yang belum berkahwin dilakukan 'public canning' (sebatan di tempat terbuka). Pendekatan individu yang cuba dilakukan dalam kancah sistem kapitalis terlalu kabur kesannya dan inilah yang bakal diambil oleh Dr Mashitah nanti.

Sebagai contoh mudah, kalau ada satu kawasan yang mempunyai bekalan air yang kotor yang menyebabkan penduduk kawasan tersebut menderita cirit-birit. Sudah pasti langkah yang bijak oleh pemerintah adalah memproses air bersih untuk rakyatnya, ini memerlukan ‘perubahan sistem’ untuk menyelamatkan penduduk itu secara keseluruhan. Bukannya membiarkan air kotor dan memikirkan berapa ramai doktor yang diperlukan oleh penduduk.

Bukan juga dengan menyelamatkan salah seorang penduduk yang paling pandai matematik di kampung tersebut, manakala yang tidak pandai matematik dibiarkan terus meminum air kotor tersebut! Jika ‘sistem pengairan’ tersebut berjaya ditukar kepada sistem yang lebih baik, maka nescaya semua penduduk kampung dapat diselamatkan.

Jadi dalam kes ‘Selamatkan Sufiah’ ini, maka kita perlu melihat dari segi yang lebih objektif, apakah di dalam negara sendiri kita tidak ada kes pelacuran sebegini? Kenapa kes Sufiah ini perlu diperbesarkan dan diselamatkan oleh kerana emaknya orang Malaysia, sedangkan ramai lagi anak-anak orang Islam yang maruahnya tergadai dan badannya terjual sekarang ini?

Yang kita khuatiri nanti Sufiah akan berkata, "Saya melacur kerana darurat sesuai dengan fatwa Dr Mashitah sendiri.” [sila rujuk Harian Metro 19 Jun 2005 tetang fatwa Dr Mashitah yang membolehkan melacur dalam keadaan terdesak]. Jika demikianlah jawapan Sufiah, apa pula agaknya jawapan Dr. Mashitah kepada Sufiah?

Justeru, sebelum menyelamatkan orang lain, Dr Mashitah kena bertanya dirinya sendiri terlebih dahulu, ‘Selamatkah diriku dari dosa terhadap Allah dengan fatwa sesat yang aku keluarkan dan selamatkah diriku dengan penghinaan yang aku lakukan terhadap hudud Allah?’ Dr Mashitah juga perlu bertanya dan memuhasabah diri, ‘Selamatkah diriku di akhirat kelak dari azab Allah dengan aku bersekongkol dengan pemerintah sekular sekarang dan aku membenarkan pemerintahannya yang jelas-jelas bertentangan dengan hukum Allah?


dipetik daripada mykhilafah.com

Monday, April 7, 2008

MORAL YANG SEMAKIN HILANG

Sokong kawal moral bukan Islam
Zainul Rijal Abu Bakar | Apr 7, 08 2:52pm
Resolusi yang dikeluarkan hasil 'Seminar Semakan Semula Korpus Undang-Undang Islam di Malaysia: Keperluan dan Cabaran' antara lain dilaporkan telah mengutarakan cadangan supaya penglibatan bersama antara orang Islam dan bukan Islam dalam sesuatu kesalahan atau jenayah syariah hendaklah diadili dengan hukuman yang setimpal.

Cadangan ini jika dilaksanakan akan memberi kesan umpamanya dalam kes khalwat - apabila salah seorang pasangannya bukan Islam, maka dia juga hendaklah didakwa dan dijatuhi hukuman sekiranya disabitkan bersalah.

Namun seminar berpandangan pendakwaan tersebut hendaklah dilakukan di Mahkamah Sivil, bukannya di Mahkamah Syariah.

Golongan bukan Islam seperti Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Toa Malaysia serta beberapa badan bukan kerajaan (NGO) lain menentang keras cadangan ini dengan mengatakan undang-undang syariah tidak terpakai kepada orang bukan Islam dan menafikan hak orang bukan Islam itu sendiri.

Hakikatnya terdapat banyak cadangan yang telah diketengahkan oleh pakar-pakar perundangan dalam seminar tersebut. Antaranya, memperuntukkan dengan jelas dalam Undang-undang Keluarga supaya hak dan keadilan kepada kaum wanita diambil berat.

Peruntukan mengenai wali hakim, harta sepencarian dicadangkan agar diperkemaskan. Dalam memutuskan nafkah, dicadangkan peruntukan pindaan supaya diwujudkan kaedah penting bayaran iaitu Arahan Tegahan Tenaga (Potongan Gaji Bapa) demi kebajikan isteri dan anak-anak.

Dicadangkan juga agar bidang kuasa Mahkamah Syariah dalam menjatuhkan hukuman perlu dipertingkatkan demi menjaga kedudukan dan memartabatkan Mahkamah Syariah sebagai satu sistem perundangan yang dilaksanakan di negara ini seperti diperuntukkan dalam Perlembagaan.

Ini bertujuan menjamin dignity atau maruah Mahkamah Syariah yang sebelum ini dimomokkan dengan istilah hukuman '356' iaitu maksimum penjara tiga (3) tahun, denda RM5,000 dan enam (6) sebatan.

Terdapat juga pelbagai cadangan lain dikeluarkan dalam seminar itu demi kebaikan semua pihak.

Tetapi yang diketengahkan dalam media hanyalah mengenai apa yang disebut oleh yang amat arif Datuk Muhamad Asri Abdullah dalam ucapannya mengenai kaedah mengatasi jenayah khalwat dan zina secara perundangan tetapi tidak menyentuh cadangan-cadangan lain.

Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menyokong sepenuhnya resolusi yang dibincangkan oleh pakar-pakar perundangan dan syariah tanah air dalam seminar tersebut.

Pakar-pakar yang mahir dalam bidang masing-masing ini sudah tentulah mengambil kira semua sensitiviti dan kedudukan undang-undang sebelum menggarapnya sebagai cadangan.

Sebenarnya tidak timbul isu mengenakan atau menguatkuasakan undang-undang syariah ke atas orang bukan Islam kerana pendakwaan akan dibuat di Mahkamah Sivil.

Bukankah salah satu teras negara yang termaktub dalam Rukun Negara ialah kesopanan dan kesusilaan? Oleh yang demikian, undang-undang moral boleh digubal bagi menangani masalah moral masyarakat.

Apakah kita lupa bahawa membina masyarakat bermoral dan berakhlak mulia merupakan prinsip asas kenegaraan ini?

Lantaran jika kita ingin menghapuskan undang-undang moral maka prinsip kelima Rukun Negara ini pun hendaklah ditiadakan.


Jika kita menelusuri sejarah dan hakikat undang-undang jenayah pun, kita akan dapati bahawa undang-undang jenayah ini sebenarnya berakar-umbi daripada undang-undang moral.

Undang-undang sebenarnya bersandarkan moral, manakala moral pula bersandarkan kepada agama. Umpamanya kesalahan membunuh secara tidak sah, sebelum ia diperundangkan atau ditaqninkan menjadi undang-undang jenayah, membunuh adalah kesalahan moral yang amat dibenci oleh masyarakat.

Secara hipotetikal pula, sekiranya undang-undang moral ini dihapuskan, apa yang akan berlaku jika terdapat orang yang melakukan perbuatan tidak senonoh di hadapan mata kita atau keluarga kita?

Biarkan sahaja mereka dengan hak asasi mereka? Biarkan sahaja anak-anak kita menonton aksi tidak bermoral itu?

Apa yang hendak kita lakukan dalam keadaan kita tidak mempunyai kuasa undang-undang untuk mencegahnya?

Jika ia merujuk kepada isu hak asasi pelaku tersebut, bagaimana pula dengan hak asasi kita yang jijik terhadap perbuatan tersebut.

Apakah hak kita untuk hidup dalam tenang tanpa melihat perbuatan seperti itu?


Jika kita bercakap tentang hak orang bukan Islam untuk melakukan khalwat, berzina dan sebagainya, adakah mereka ini mempunyai hak untuk melanggar undang-undang syariah?

Sekiranya salah seorang pasangan (yang terlibat dengan khalwat) adalah bukan Islam, maka adakah mereka mempunyai hak untuk berzina sehingga melahirkan anak-anak luar nikah tanpa didakwa?

Apatah lagi dalam perkembangan dewasa ini, kelahiran anak luar nikah begitu berleluasa dan menimbulkan permasalahan lain kepada negara.

Malah dalam beberapa agama selain Islam juga telah meletakkan perzinaan adalah suatu kesalahan yang berat.

Kenapa pula kita sering mengamalkan double standard terhadap Islam?


Apabila ia tidak berkaitan dengan Islam, kita amat mudah menerimanya tetapi tatkala nama Islam muncul maka kita resah, menentang dan menyangkal tanpa memberikan justifikasi yang adil terhadap Islam.

Umpamanya, sekiranya seorang rakyat Malaysia yang tinggal di Semenanjung pergi ke Sabah atau Sarawak dan di sana beliau telah melakukan suatu kesalahan yang melanggar undang-undang adat peribumi Sabah dan Sarawak.

Orang ini akan tetap dihukum melalui undang-undang adat tersebut walaupun beliau berasal dari Semenanjung. Ini tidak bermakna kita menjadikan beliau sebagai peribumi Sabah dan Sarawak.

Begitu juga perbandingannya bagi undang-undang Islam dalam aspek yang terlalu sedikit ini, tidak bermakna menjadikan mereka orang Islam.

Pengenaan tindakan terhadap orang bukan Islam dalam hal yang berkaitan dengan orang Islam adalah kena pada masanya bagi mengelakkan keresahan di kalangan orang Islam sendiri.

Ia sebenarnya langsung tidak memaksa orang bukan Islam menganut agama Islam. Malah ia selari dengan Rukun Negara menekankan peri pentingnya kesopanan dan kesusilaan disemat di dalam diri setiap warganegara Malaysia. Ia adalah jati diri rakyat Malaysia.

Cadangan seminar ini juga tidak berkaitan dengan persoalan Perlembagaan Persekutuan kerana orang bukan Islam ini dicadangkan akan didakwa di mahkamah sivil, bukannya di mahkamah syariah.

PGSM mendesak agar semua pihak berlaku adil ketika memberi pendapat dan tidak membuat serangan melulu tanpa justifikasi yang wajar terhadap Resolusi Seminar Penyemakan Korpus Undang-undang Islam yang telah diisytiharkan itu.


Zainul Rijal Abu Bakar ialah presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Artikel ini berdasarkan teks lengkap kenyataan media beliau hari ini.

dipetik daripada malaysiakini.com

Saturday, April 5, 2008

IKIM: Salah hukum bukan Islam

Apr 4, 08 1:21pm
Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) menegaskan orang bukan Islam tidak boleh dikenakan hukuman dalam kes khalwat, menjelaskan kontroversi isu itu seperti dilaporkan di sebuah akhbar berbahasa Inggeris semalam.

"Pada pandangan kami, orang bukan Islam pada dasarnya tidak boleh didakwa bawah undang-undang Islam kerana secara faktanya mereka tidak mengangut Islam.

"Tambahan pula, setakat pengetahuan saya, tidak terdapat sebarang peruntukan bawah mahkamah sivil untuk mendakwa seseorang berkhalwat, dan terlalu awal untuk mengandaikan bukan Islam harus tertakluk pada pertuduhan khalwat di mahkamah sivil," kata ketua pengarahnya Dr Syed Ali Tawfik Al-Attas.

Akhbar The Star semalam melaporkan Ikim dan Jabatan Undang-undang Syariah Malaysia mencadangkan seseorang bukan Islam yang terlibat dalam kes khalwat dengan pasangan Islamnya boleh dikenakan hukuman.

Cadangan daripada Ikim dan Jabatan Undang-undang Syariah Malaysia itu, hasil seminar dua hari semakan perundangan syariah, akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.

Seorang pembentang di seminar itu, menurut laporan itu, hakim mahkamah rayuan syariah Datuk Mohd Asri Abdullah berkata orang bukan Islam mungkin boleh dihukum di mahkamah sivil agar "lebih adil".

"Orang Islam akan dihukum di mahkamah syariah... tetapi kami tidak ada kuasa menghukum bukan Islam," beliau dipetik sebagai berkata.

Menurut The Star lagi, cadangan tersebut termasuklah meningkatkan denda dan hukuman - sehingga empat kali ganda - bagi kes-kes khalwat, pelacuran, minum arak dan berjudi.

Dalam kenyataannya di laman web Ikim, Dr Syed Ali juga menyatakan rasa kesalnya dengan laporan tersebut dan sekali gus menafikan cadangan seumpama itu pernah disuarakan.

"Berita dalam The Star ... sama sekali salah," katanya.

"Tidak ada cadangan seumpama itu dihasilkan (di seminar tersebut), maka laporan The Star yang mengutip ulasan hakim mahkamah rayuan syariah, juga salah."

Dr Syed Ali menambah, pihaknya kesal dengan laporan itu kerana memetik kenyataan remeh daripada Mohd Asri, sedangkan lebih banyak saranan kukuh yang dikemukakan, antaranya, untuk melindungi hak-hak wanita yang diceraikan, diabaikan oleh berita itu.

Komen semasa