Tuesday, April 8, 2008

LAWAK MEMANG LAWAK

Cakap tak serupa bikin

PRU 12 sudah genap sebulan berakhir, tetapi masih ramai lagi tidak dapat menerima hakikat samada yang menang ataupun yang kalah. Masing-masing asyik menyalahkan antara satu sama lain, bukannya mengambil ikhtibar atau tauladan daripada pengalaman PRU 12. Tidakkah ini satu lawak bodoh yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin ini.

Dahulu mereka pernah berkata " bukan pangkat, darjat, nama dan harta yang kami cari tetapi kami ingin memperjuangkan hak dan nasib rakyat. kami akan membantu rakyat ". Inilah salah satu petikan kata-kata yang selalu diucapkan oleh mereka, namun selepas PRU12 ini semua tembelang mereka pecah, mereka memang hendakkan apa yang mereka sebutkan itu tadi.

Ada atau tidak mereka berfikir apa yang hendak dirancang untuk keperluan rakyat ? Jawapannya mudah, " tidak ". Apa yang mereka fikirkan adalah jawatan , pangkat, kuasa dan apa sahaja yang boleh mendatang hasil kepada mereka. Mereka tidak malu untuk menentang sesiapa yang mahu menghalang cita-cita mereka.

Kepentingan diri melebihi kepentingan rakyat, mereka tidak memikirkan masalah rakyat sebaliknya memikir parti dan diri sendiri. Rakyat nak mati, matilah mereka tidak kisah, janji mereka tidak. Mereka tidak sedar bahawa mereka akan mati satu hari nanti dan mereka akan diadili dimahkamah ALLAH S.W.T dengan seadil-adilnya.

Kepada pembaca-pembaca yang tolong sampaikan peringatan ini kepada mereka iaitu pemimpin-pemimpin ini, sesungguhnya doa orang teraniaya telah dimakbulkan oleh ALLAH S.W.T dan insaflah sebelum terlambat.



Nukilan penulis.

0 comments:

Komen semasa