Saturday, April 5, 2008

CADANGAN SAHAJA, KUT-KUT NAK DENGAR

Orang islam yang melakukan perkara mungkar dihukum hudud....
orang bukan islam biarkan sahaja.....
apa nak pening kepala, tak susah tapi kita yang menyusahkannya..

Undang-undang yang ada kini sudah tak relevan lagi kerana....
setiap hari indeks jenayah semakin tinggi.....
Orang islam terlalu ramai yang melakukan perkara mungkar kerana apa ?
Orang islam kini telah jauh meninggalkan islam itu sendiri....


Majoriti orang islam kini lebih takutkan perkara dunia daripada ALLAH S.W.T
Apakah ia ? Jawabnya mudah, orang islam takut tak makan kerana mereka menganggap rezeki itu cuma parti sahaja yang boleh memberi bukan ALLAH S.W.T .
( rujuk kepada PRU 12 )

Sebagai contoh
1. jika tidak kerana parti sekian kita tidak boleh dapat ini semua....
2. jika dihapuskan cukai yang dilarang ALLAH S.W.T bagaimana kita nak bangunkan negara.
3. kalau potong tangan, nanti macam mana nak cari rezeki ( mungkin yang berkata begini dia itu pencuri )
4. jika nak beribadat kepada ALLAH kenalah hati itu ikhlas ( kata2 seorang yang melakukan perkara mungkar )

Ini adalah beberapa contoh yang penulis coretkan, kenyatan-kenyataan diatas menunjukkan bahawa orang islam itu sendiri yang menafikan ALLAH S.W.T maka tidak hairanlah jika orang bukan islam turut mempertikaikan agama ALLAH S.W.T ini. Untuk pengetahuan pembaca, penulis selalu berdialog dengan orang-orang bukan islam.

Penulis bukanlah seorang tahu berpolitik, apa yang penulis bimbangkan adalah orang islam masa kini telah hanyut dalam agamanya sendiri. Mereka mengeluarkan kata-kata seolah-olah ada benda lain yang memberi mereka nyawa, jika tidak dijaga benda ini pasti mereka akan merana kerana benda ini akan murka.

Tidakkah ini menunjukkan bahawa aqidah orang islam ini telah terpesong
" sesat dalam beragama "
. Perkara yang amat ditakuti oleh Rasullullah s.a.w dan para ulama selepasnya telah terjadi, ayat ini ada dalam
al-quran ( kalau nak tahu cari sendiri ayat itu dalam tafsir al-quran).

Orang islam zaman ini ramai yang membaca al-quran tanpa tahu apa maknanya, jika dilihat mungkin tidak ada apa, tetapi inilah salah satu punca utama mengapa orang islam itu hanyut. Tanpa tahu makna al-quran bagaimana kita nak membina generasi akan datang ( apa jadi kalau sewaktu peperiksa bahasa english tapi tak tau bahasa itu ).

Mereka ini akan menafikan ayat ALLAH S.W.T kerana mereka tidak faham apa yang dibaca. Mereka akan mengikut hukum akal yang mana akal mereka ini telah diserapi iblis laknattullah. Mereka akan bertindak mengikut nafsu tanpa mempedulikan nilai-nilai insan.

Disini penulis ingin mengajak semua pembaca berfikir sejenak sambil bertanya kepada diri, " apa yang akan terjadi jika aku terus begini, adakah anak cucu aku akan datang terus berada didalam agama TAUHID ini ". Lakukanlah sebelum terlambat, didiklah diri kita dan anak-anak kita dengan memahami isi kandung al-quran kerana dengan ini insyaallah generasi akan datang tidak terus hanyut.

Bertindaklah segera demi kegemilangan islam dimasa depan.

0 comments:

Komen semasa