Tuesday, March 25, 2008

KERUNTUHAN UMAT ISLAM

Umat islam masa kini semakin berpecah akibat tidak tahan
dengan dugaan yang semakin mencabar. Berbalah sesama sendiri
dan saling menyalahkan antara satu sama lain.
Mengapa perkara ini boleh berlaku...?

Inilah satu persoalan yang patut dikupas dan dibincangkan bersama
oleh Pemimpin , Ulama , Ngo dan seluruh umat islam dimuka bumi
yang sementara ini.

Apakah perkara dilakukan bertepatan dengan apa yang dikehendaki
oleh ALLAH S.W.T melalui AL-QURAN dan HADITH RASULLULLAH S.A.W
ataupun melalui para Ulama ?

Begitu ramai umat islam kini yang buta islam, ibadah kepada mereka cukup sekadar
solah dan bersedekah. Sedangkan konsep ibadah itu sendiri terlalu luas antaranya tidur,
makan, minum, bekerja, menjaga kesihatan dan sebagainya selagi kita masih hidup
diatas muka bumi ALLAH S.W.T ini.

Ini adalah akibat sistem pendidikan yang diamalkan oleh semua umat islam
diseluruh dunia. Umat islam lebih mengagungkan sistem pendidikan kufur yang
terang-terang menentang islam dan penganutnya.

Dengan ini mereka telah menyerapkan fahaman yang mana umat islam akan menafikan
AL-QURAN dalam tidak sedar. Diantaranya pemecahan sistem pemerintahan diantara
ulama dan pemimpin negara. Ini menyebabkan perbezaan pendapat yang begitu ketara
kerana fahaman masing-masing.

Pihak kufur telah berjaya melaksanakan apa yang mereka rancang kerana pemimpin
negara-negara islam tidak dapat menerima pendapat para ulama tentang mentadbirkan
negara mengikut syariat islam. Pada mereka sistem kufur lebih baik dari sistem islam itu sendiri. Mengapa ini boleh berlaku ?

Jawapannya mudah, mereka ini tidak mendalami asas-asas agama islam, pada mereka
seperti yang penulis nyatakan diatas. Penulis tidak menyalahkan pemimpin atau ulama
didalam perkara ini sebaliknya ingin menyeru agar pembaca-pembaca semua mendidik
generasi akan datang agar mereka lebih mendalami asas-asas agama islam dan dapat
memahami apa yang dituntut oleh ALLAH S.W.T .

Mereka ini dapat mengimbangi antara tuntutan dunia dan akhirat kerana mereka telah diserapkan dengan tauhid, feqah dan tasawuf iaitu asas-asas agama islam.
Otak mereka juga menjadi cerdas dan lebih fokus pada sesuatu perkara, maka dengan ini
tidak mustahil suatu ketika nanti kegemilangan tamadun islam dapat dikembalikan.

Kepada seluruh umat islam, berfikirlah demi tuhanmu, bertindaklah demi agamamu
dan kamu akan menikmati kenikmatan disana kelak diatas usahamu. Usahlah kamu gentar
kerana ALLAH S.W.T telah berfirman dalan kallamNYA " Jika ALLAH menolongmu maka
tiada siapa dapat mengalahkanmu dan jika DIA mengalahkanmu, siapakah yang akan menolongmu kemudiannya ? Dan hanya kepada ALLAH hendaklah bertawakal orang-orang yang beriman." surah ali' imran ayat 160.

Jika anda was-was dengan apa yang penulis catatkan disini, anda boleh merujuk kepada
sejarah dan ulama-ulama diseluruh dunia ini. Mereka bukan menentang pemerintah tetapi menetang fahaman sekular, liberal dan kapitalis yang telah lama menyerap dalam jiwa
umat islam akibat penjajahan masa lalu.

Masa depan umat islam terletak dibahu kita, kemana arah nak kita bawa mengejar dunia
atau mengejar akhirat. Jangan kita " yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran." Kejar kemajuan tercicir aqidah. Janganlah kerana kemahuan kita sendiri mereka rosak, contohnya terlalu banyak untuk dipertontonkan ditika ini.

Didiklah mereka dengan makna ayat AL-QURAN, bukan setakat membaca sahaja.
Insyaallah mereka akan lebih memahami dan menghayatinya.

Ingatlah 5 perkara ini dan ikuti langkahnya jika bernas :

1. Tak tahu kena belajar
2. Kena tahu apa yang dipelajari
3. Kena faham apa yang tahu dari yang dipelajari
4. Kena amal perkara yang tahu
5. Barulah hayati ditakluki

Atau dengan ringkasnya :

1. Belajar
2. Tahu
3. Faham
4. Amal
5. Hayati

Rujuklah kepada guru-guru agama sekiranya apa dicoretkan tidak difahami.

0 comments:

Komen semasa